Tarikh Akhir e-Filing 2024 Borang Cukai Pendapatan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tarikh akhir eFilling 2024 borang cukai pendapatan yang perlu anda ketahui

Berkaitan: Cara Isi e-Filing Borang Cukai Pendapatan (e-BE)

Tarikh Akhir e-Filing 2024

Berikut adalah tarikh akhir borang cukai pendapatan e-Filing 2024 bagi borang nyata 2023 untuk semua kategori yang perlu anda ketahui:

Jenis BorangKategoriTarikh Akhir Pengemukaan 
e-EMajikan31 Mac 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk eFiling)
e-BEIndividu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-BIndividu Pemastautin yang menjalankan perniagaan30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-PPerkongsian30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-BTIndividu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran)> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-MTIndividu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-MIndividu Bukan Pemastautin> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-TFPertubuhan> Tidak Menjalankan perniagaan : 20 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TPHarta PusakaTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TJKeluarga Sekutu Hindu> Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) *Tiada e-Filing
C 2024Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing)7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-C1Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-PTPerkongsian libiliti terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TCUnit amanah/amanah harta tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TABadan amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TRAmanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-TNAmanah perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-CPEOrang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi
e-CPP 2024Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan

Sumber: https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf

Denda / Penalti Melewati Tarikh Akhir e-Filing 2024

Bagi anda yang gagal untuk mengemukakan BN dalam tempoh berkenaan (sehingga akhir tarikh e-filing) yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.

Diharapkan tarikh akhir e-Filling 2024 di atas ini dapat membantu anda membuat persiapan sepatutnya.

Sumber: Tarikh Akhir e-Filing 2024 Borang Cukai Pendapatan (ecentral.my)