Tarikh Buka Sekolah 2021 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Bagi ibu bapa yang tertanya-tanya bila tarikh buka sekolah 2021, murid Prasekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh Malaysia akan mula hadir ke sekolah bermula 1 Mac ini, manakala bagi murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam, mereka akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.

Tarikh Buka Sekolah 2021

Berikut adalah rumusan pembukaan sekolah yang disediakan oleh KPM.

tarikh buka sekolah 2021

Maklumat ini diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media baru-baru ini. Berikut adalah intipati Sidang Media Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengenai pengoperasian institusi di kawasan PKP, PKPB, dan PKPP (PKP 2.0).

Maklumat Lain Tentang Tarikh Buka Sekolah 2021

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh buka sekolah 2021, sila rujuk kenyataan penuh oleh KPM di Facebook KPM.