Untuk maklumat anda, tempahan temujanji online JPJ diperlukan bagi urusniaga di sana dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut negeri dan tertakluk kepada urusniaga yang tidak dapat dijanalankan secara dalam talian. Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat temujanji online JPJ.
Tips lain: Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ AES Online SMS
Temujanji Online JPJ
Sistem Temujanji Online JPJ
Semua urusan di kaunter JPJ perlu dilakukan secara temu janji terlebih dahulu. Walk-in adalah TIDAK DIBENARKAN.
Waktu Operasi Kaunter JPJ
Waktu operasi kaunter JPJ dalam tempoh PPN Fasa 1 adalah mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Cara Permohonan Temujanji Online JPJ
Untuk cara mohon temujanji online JPJ, ikuti langkah berikut:
- Pilih pautan temujanji online yang tepat untuk diisi mengikut negeri.
- Isikan butiran diri anda.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Pilih tarikh dan masa temujanji.
- Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.
Sistem Temujanji Online Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengikut negeri seperti berikut:
NEGERI PAHANG
https://sto.iactims.my/index.php?lang=bm
NEGERI SABAH
https://temujanjijpj.com/
NEGERI MELAKA
https://docs.google.com/…/1FAIpQLScxHvE6GYBT…/closedform
NEGERI PERAK
https://mylink.la/jpjperak
NEGERI KELANTAN
https://www.picktime.com/temujanjijpjkelantan
NEGERI PULAU PINANG
https://jpjkapp.home.blog/
NEGERI PERLIS
https://docs.google.com/…/1FAIpQLScR5uY4yxoz…/closedform
NEGERI TERENGGANU
https://www.picktime.com/jpjterengganu
NEGERI JOHOR
- JPJ Negeri Johor https://forms.gle/GogfUqpqaFntStoT7
- Cawangan Pontian https://forms.gle/BQ4QpVXA4c3L83wd7
- Cawangan Muar https://forms.gle/B3pLp7MFJtbZ9zkW7
- Cawangan Kluang http://jpj.satuhati.my
- Cawangan Batu Pahat https://forms.gle/jRiC731YSfRHbDKD9
- Cawangan Mersing https://forms.gle/1i9mkSdq1tGgtGNU9
- Cawangan Segamat https://forms.gle/2AfbXfdvui5hk92N6
- UTC Pasir Gudang https://forms.gle/YyHAATztRbRWvmEW6
- UTC Galleria Kota Raya Johor https://forms.gle/3AKGwpFhJTTqkBaZ7
NEGERI KEDAH
https://temujanjijpj.club/
NEGERI SEMBILAN
- TEMUJANJI JPJ SEREMBAN https://forms.gle/Yudia2qeDMD9wEve6
- TEMUJANJI JPJ UTC SEREMBAN https://forms.gle/WaB9emhUXLadWT7j9
- TEMUJANJI JPJ CAWANGAN KUALA PILAH https://forms.gle/VQmEq7avGU4LWQZ29
- TEMUJANJI JPJ CAWANGAN JEMPOL https://forms.gle/bD62q9Vb3xMzpswc7
NEGERI SARAWAK
- Ibu Pejabat (Kuching) https://forms.gle/LwHhAjS6dwZkmpi59
- Cawangan Sri Aman https://forms.gle/4oSKBHi4qku8j1p17
- Cawangan Betong https://forms.gle/jYQ1ZdkZxSYpSpCA7
- Cawangan Sarikei https://forms.gle/5KdN7N4CN6n9Bfwb9
- Cawangan Sibu https://forms.gle/qG81C9LucTM4NrDE9
- Cawangan Mukah https://forms.gle/EE4pH68dGKoacstS8
- Cawangan Bintulu https://forms.gle/u5gRXwrNNMCf4Evk9
- Cawangan Miri https://forms.gle/2nEpcEmbB9PFkKDQ9
- Cawangan Limbang https://forms.gle/zGm1nJe1XUPYQsu2A
- Cawangan Lawas https://forms.gle/FiuMrsZxn3PeJQkZ6
- Cawangan Serian https://forms.gle/zMyePMJ5xCheVN1K8
- UTC Kuching https://forms.gle/xVEhGPdrAytkrAzo7
- UTC Sibu https://forms.gle/6JNdQbXbQm6GPw7X9
- UTC Miri https://forms.gle/hd5fMpVYnasCV8Zo7
- Cawangan Kapit : 084-796 549
NEGERI SELANGOR
https://sites.google.com/view/jpjselangor
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSc7LVbci1Dd…/closedform
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
03-88811705
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- JPJ UTC SENTUL https://docs.google.com/…/1FAIpQLSfDSefxNjrAqW…/viewform
- JPJ WANGSA MAJU https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdJ5wqQ3r…/viewform
PERINGATAN: Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal akan dibatalkan dan temujanji berkenaan akan dibuka kepada pelanggan lain.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh meng hubungi nombor telefon mengikut cawangan yang ingin dihadiri seperti yang tertera dalam senarai di bawah:
Nombor Telefon Cawangan JPJ
Berikut adalah senarai nombor telefon tempahan temujanji JPJ
Urusan Yang Ditawarkan Di Kaunter JPJ
Untuk makluman, urusan yang dibolehkan untuk berurusan di kaunter JPJ sepanjang tempoh PKP Fasa 1 adalah seperti berikut
Terma & Syarat Temujanji Online JPJ
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
- Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat-lewatnya satu(1) hari sebelum tarikh temujanji (tertakluk kepada kekosongan Slot);
- Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu urusan kaunter bagi sesetengah Cawangan JPJ (rujuk Portal JPJ bagi maklumat Operasi Pejabat );
- Pemohon hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan atau Negeri Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat;
- Walau apapun masa yang dinyatakan dalam Slot Waktu sistem ini, ianya masih tertakluk kepada waktu urusniaga rasmi kaunter, waktu rehat kaunter, hari kelepasan am, cuti bencana, cuti peristiwa, pengisytiharan kerajaan dan apa-apa waktu yang diwartakan oleh kerajaan.
- Pemohon perlu berada di Pejabat JPJ seperti dalam Maklumat Temujanji sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
- Sila rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia di www.jpj.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;
- Pautan pengesahan dan butiran temujanji boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp (jika dikemukakan) kepada nombor telefon pemohon atau dicetak. Sila tunjukkan pautan atau Slip Temujanji JPJ kepada pegawai bertugas apabila diminta semasa hadir temujanji;
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai aplikasi WhatsApp, sila cetak Slip Temujanji di akhir proses pendaftaran. Pemohon yang gagal kemukakan Slip Temujanji atau pautan pengesahan tidak dibenarkan memasuki permis;
- Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir;
- Setiap individu hanya dibenarkan membuat maksima 3 tempahan Slot dalam satu tarikh. Untuk tidak mengganggu pelanggan lain, pihak JPJ berhak menghalang individu yang menempah melebihi 3 Slot dari membuat urusniaga bagi Slot ke-4 dan seterusnya dalam satu tarikh;
- Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan;
- URUSAN PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT adalah digalakkan;
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
- Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
- Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan temujanji di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa;
Pertanyaan Temujanji Online JPJ
Kemaskini dan info terkini akan dibuat menerusi Facebook Page rasmi JPJ Negeri Pahang atau JPJ Malaysia.
Sumber: Harianpost