Kadang-kadang kita terlupa untuk buang dahulu sebarang kertas atau tisu yang ada pada poket baju atau seluar sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh untuk mencuci. Hasilnya habis kertas atau tisu melekat pada pakaian yang sememangnya amat susah untuk dihilangkan.
Sekiranya anda pernah mengalami situasi ini, sudah pasti dengan membasuh semula pakaian tersebut tidak akan dapat membuang kesemua cebisan tisu atau kertas yang melekat, seterusnya menyusahkan proses penyidaian.
Walaupun pakaian tersebut dijemur, tisu atau kertas masih sukar untuk dihilangkan. Seorang pengguna Twitter, Yukino berkongsikan cara buangkan kertas atau tisu melekat pada pakaian yang mudah.
Menurut beliau, anda hanya perlu tambahkan cecair pelembut ke dalam basuhan dan bilas sekali lagi. Ia akan menyebabkan cebisan tisu tertanggal dengan mudah.
Bagi sesetengah orang yang kurang gemar menggunakan cecair pelembut fabrik, anda boleh gunakan cuka sebagai pengganti bagi mendapatkan kesan yang sama.
Sumber: Twitter Yukino