Apa Itu Tuhau? Jom Kenali Makanan Sedap

Apa itu Tuhau? Kami yakin kebanyakkan dari anda tidak pernah dengar makanan sedap Tuhau ini. Bagi yang menetap di kepulauan Borneo terutama di Sabah, pastinya mereka suka mendengar perkataan tuhau sabah ini.

Tuhau adalah sejenis tumbuhan yang sedap dimakan dan boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimasak. Di semenanjung tuhau dikenali dengan nama lain.

Artikel menarik lain: Resepi Kerabu Mangga

Tuhau

Berikut adalah maklumat mengenai tuhau yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Tuhau: Jom Kenali Makanan Sedap Ini – Bidadari.My

Apa Itu Tuhau

Menurut laman Bidadari.my, Tuhau adalah makanan tradisi suku Kadazan-Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori yang sama sepertu halia dan lengkuas. Ia juga dikenali sebagai Upak Kechalak. Pokoknya berbatang panjang dan mempunyai daun yang kurus dan panjang.

Tuhau biasanya tumbuh di kawasan yang redup dan lembab seperti di tepi sungai atau paya. Ia agak sukar untuk tumbuh di kawasan yang panas dan bertanah kering. Jika di Sabah, tuhau banyak ditemui di kawasan pedalaman seperti di daerah Keningau, Tambunan,Tenom, Ranau dan juga Nabawan.

Tuhau mempunyai aroma yang harum dan sedap untuk dihidu, hampir sama dengan aroma bunga kantan. Yang sebenarnya di semenanjung juga ada tuhau, cuma kita memanggilnya dengan nama tepus. Anda pernah dengar atau makan pucuk tepus? Nah itulah dia tuhau yang popular di Sabah.

Resipi Tuhau

Ada pelbagai cara untuk makan tuhau. Ia adalah makanan istimewa di Sabah dan biasanya dimasak pada Hari Gawai dan Hari Keamatan. Ia boleh dimakan begitu sehaja sebagai ulam dan boleh juga dimasak. Nak tak kalau kami kongsikan resepi tuhau yang boleh anda cuba? Percayalah sekali anda cuba tuhau, pastinya anda akan jatuh cinta dan ingin makan lagi. Di antara resepi tuhau yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:

Ulam Tuhau

Tuhau sangat sedap jika dijadikan sebagai ulam. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil batang tuhau yang masih lembut. Pastikan anda ambil batang tuhau muda yang masih lembut dan bukannya tuhau tua yang keras. Sekiranya anda mengambil batang tuhau yang sudah keras, ia tidak sedap lagi untuk dimakan dan susah untuk dikunyah.

Sesudah diambil, bersihkan tuhau dan potong halus-halus seperti anda memotong ulam lain seperti timun. Kemudian anda boleh makan ulam tuhau tadi dengan nasi. Lebih enak kalau dimakan bersama nasi panas dan sambal.

Tuhau garing bersama cili putih, bawang goreng dan ikan bilis

Ini adalah sejenis resepi yang sangat garing seolah sambal kering yang boleh disimpan lama sehingga setahun, jika anda simpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Ia akan tahan dengan lebih lama jika anda menyimpan di dalam peti ais. Cara untuk menyediakan tuhau garing bersama cili putih, bawnag goreng, dan ikan bilis boleh dilihat dari laman Tuhau: Jom Kenali Makanan Sedap Ini – Bidadari.My

Tuhau ditumis bersama cili putih

Resepi tuhau yang ketiga ingin kami kongsikan pada hari ini ialah tuhau ditumis bersama cili putih dan resipi tuhau boleh dilihat dari laman Tuhau: Jom Kenali Makanan Sedap Ini – Bidadari.My

Sumber: Tuhau: Jom Kenali Makanan Sedap Ini – Bidadari.My