Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS : Logo, Uniform, Lagu

Dalama artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS : Logo, Uniform, Lagu yang perlu anda tahu

Lain: Pengakap Sekolah : Logo, Lagu, Uniform & Lencana

Logo TKRS

logo tunas kadet remaja sekolah

Gambar di atas adalah logo rasmi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan berikut merupakan maksud di sebalik logo TKRS:

  • Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
  • Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
  • Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  • Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuan mempertahankan negara yang tercinta.
  • Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Bendera TKRS

bendera tunas kadet remaja sekolah

Gambar di atas merupakan bendera rasmi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

Warna Hijau melambangkan

  • Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
  • Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
  • Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum
  • KRS/TKRS.

Pakaian uniform TKRS

pakaian tunas kadet remaja sekolah

Berikut merupakan panduan pemakaian rasmi pakaian uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS):

Lelaki

  • Beret berwarna Sherwood Dark Green.
  • Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
  • Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm – 30 cm)
  • Tali wisel merah.
  • Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
  • logo KRS.
  • Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam

Perempuan

  • Beret berwarna Sherwood Dark Green.
  • Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ).
  • Seluar /Kain Sekolah.
  • Tali wisel merah.
  • Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
    *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

Lagu Tunas Kadet Remaja Sekolah

Berikut adalah lirik lagu tunas kadet remaja sekolah

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Cogan Kata Tunas Kadet Remaja Sekolah

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) menggunakan cogan kata “ILMU IMAN AMAL” dimana bermaksud:

  • ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS.
  • IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
  • AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Diharapkan artikel Tunas Kadet Remaja Sekolah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS): Sejarah, Uniform, Logo (ecentral.my)