Ubat Cirit Birit

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Ubat cirit birit berkesan & terkini yang selamat untuk diambil

Lain: Tanda Cirit Birit & Cara Rawatan

Ubat Cirit-Birit Untuk Dewasa

Berikut adalah ubat cirit birit orang dewasa yang boleh diambil:

1. Garam Rehidrasi Oral (Oral Rehydration Salt)

Doktor atau ahli farmasi boleh mengesyorkan pesakit cirit-birit untuk mengambil garam rehidrasi oral (ORS) bagi mengelakkan atau merawat dehidrasi yang berlaku akibat cirit-birit yang teruk.

Ia perlu dilarutkan dalam air dan diminum bagi menggantikan glukosa, garam serta mineral yang hilang ketika cirit-birit.

2. Ubat Cirit-Birit

Ubat cirit-birit seperti Diphenoxylate dan Loperamide adalah ubat yang membantu mengurangkan serta memendekkan masa cirit-birit.

Kedua-dua ubat ini berfungsi dengan melambatkan pergerakan otot dalam usus agar lebih banyak air diserap di kawasan usus.

Ini menjadikan najis yang terbentuk lebih pejal. Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, ahli farmasi biasanya akan memberi tahu maklumat dos yang sesuai kepada pesakit.

Namun, harus diingat bahawa penggunaan ubat ini adalah bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sahaja.

3. Ubat Tahan Sakit

Meskipun ubat tahan sakit tidak merawat cirit-birit, namun ia boleh membantu melegakan demam dan sakit kepala sementara akibat cirit-birit.

Setelah makan ubat tahan sakit, anda perlulah berjumpa doktor segera.

4. Bismuth subsalicylate

Bismuth subsalicylate (Kaopectate, Pepto-Bismol) merupakan sejenis ubat yang dapat mengimbangi cara cecair bergerak di saluran penghadaman anda.

Ubat ini mampu meredakan keradangan serta melindungi usus daripada kuman. Pada masa yang sama, ia juga boleh meredakan gejala cirit-birit lain seperti loya atau sakit perut.

Amaran Sebelum Membeli Ubat Cirit-Birit

Walaupun kebanyakan ubat ini boleh dibeli tanpa preskripsi, namun sesetengah individu tidak boleh mengambil ubat tertentu.

Loperamide

Sekiranya anda mempunyai tanda jangkitan, jangan ambil loperamide. Anda juga perlu berhenti serta merta sekiranya anda mengalami tindak balas alahan seperti ruam atau demam.

Loperamide juga perlu dielakkan oleh pesakit yang mempunyai masalah najis berdarah atau hitam. Ini mungkin petanda masalah serius seperti jangkitan bakteria.

Bismuth Subsalicylate

Ubat ini tidak boleh diambil sekiranya seseorang alami alahan terhadap aspirin.

Diharapkan info ubat cirit birit di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: 6 Ubat Cirit Birit Dewasa Yang Anda Boleh Cuba (ecentral.my)