Ucapan Hari Lahir, Ucapan Hari Jadi, Sanah Helwah 2024

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi senarai ucapan hari lahir 2024, ucapan hari jadi, sanah helwah terkini 2024 untuk anak, ibu, sahabat, isteri, kawan, kekasih, suami, dan lain-lain.

Artikel menarik lain: Koleksi Teka Teki Lucu, Susah, Lawak (Soalan & Jawapan)

Ucapan Hari Lahir

Berikut adalah senarai ucapan hari jadi ringkas dan menarik untuk keluarga, kawan dan kekasih.

Koleksi Ucapan Hari Jadi

  1. Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
  2. Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
  3. Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
  4. Selamat Hari Lahir Untuk Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin
  5. Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
  6. Sanah helwah buat rakanku Azman. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn.
  7. Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
  8. Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.
  9. Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu.
  10. Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan.

Maksud Sanah Helwah

Sanah Helwah meaning atau Sanah Helwah dalam bahasa arab, jika diterjemah ke dalam bahasa melayu, bermaksud hari lahir.

Ucapan Hari Lahir

  1. Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
  2. Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.
  3. Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya.
  4. Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu
  5. Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.
  6. Barakallah Fii Umrik. Semoga dengan bertambahnya umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu
  7. Sanah Helwah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan
  8. Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah
  9. Sanah Helwah Bro!. Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Aamiinn…
  10. Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT
  11. Selamat Ulang Tahun Anakku Yang Tersayang
  12. Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang

Ucapan Hari Lahir Dalam Islam

  1. Selamat Hari Lahir! Semoga selalu diberikan kesihatan dalam sisa usia yang berkah, semoga dengan bertambahnya umur, Allah memberikan redhaNya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum..
  2. Semoga Allah selalu memberkati hidupmu, memberikan umur yang panjang. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi penyeri hidup kami, serta ubat dan penyejuk hati kami. Selamat hari lahir anakku!
  3. Sannah Helwah. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas. Semoga hatimu semakin bersih dan bijak. Semoga akhlakmu semakin terampil menawan dalam kebajikan. 
  4. Barakallah Fii Umrik. Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya. Terangkanlah hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya. Perluaskanlah rezekinya. Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan. jauhkanlah hatinya pada kejahatan. Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia mahupun akhirat.
  5. Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabatku! Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu. Mudah-mudahan dengan pertambahan umur, seiring dengan pertambahan ibadah kepadaNya.

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri

Berikut adalah contoh ucapan hari jadi untuk isteri:

  1. Selamat ulang tahun isteriku. Doa terbaikku selalu ku panjatkan untukmu, isteriku. I Love You.
  2. Aku tidak akan pernah berhenti untuk mencintaimu. Aku akan tetap setia menemanimu hingga tua nanti. Selamat ulang tahun isteriku. Terima kasih kerana telah menjadi yang terbaik dalam hidupku.
  3. Aku sangat bangga menjadi suamimu, menjadi suami seorang isteri yang sangat baik dan solehah. Terima kasih telah menjadi ibu terbaik untuk anak-anak kita. Selamat ulang tahun isteriku. Semoga Allah selalu memberkahi setiap langkahmu.
  4. Selamat ulang tahun isteriku. Ku tak punya hadiah istimewa untukmu tapi ku punya doa untukmu, agar kau selalu mendapatkan perlindungan dari Tuhan Yang Maha Kuasa.
  5. Selamat ulang tahun isteriku. Hari ini usiamu bertambah namun keberadaanmu didunia ini semakin berkurang. Namun, itu tidak mengurangi rasa cinta dan sayangku padamu.
  6. Happy Birthday My Wife. Semoga kau senantiasa menjadi ibu terhebat untuk anak-anak kita. Hidupku terasa sempurna dengan adanya dirimu dan anak-anak kita, I Love You.
  7. Selamat ulang tahun isteriku tercinta. Semoga selalu diberikan kebahagiaan dan kesihatan. Terima kasih telah menjadi isteri dan ibu yang baik dalam keluarga kecil ini, I Love You.
  8. Isteriku, terima kasih atas cinta yang kau berikan dalam kehidupan kita. I Love You and Happy Birthday
  9. Happy Birthday Isteriku. Semoga cinta kita kekal abadi selama-lamanya. Ku sangat menyayangimu, ku takkan membiarkanmu bersedih, aku akan senantiasa membuatmu bahagia. I Love You.
  10. Di hari istimewamu ini aku berharap semoga engkau diberikan kekuatan, kesihatan, kebahagiaan dan diberikan keharmonian dalam kehidupan rumah tangga kita, Happy Birthday My Wife.
  11. Isteriku aku sangat mencintaimu, aku sangat menyayangimu, setialah padaku hingga maut menjemput. Happy Birthday
  12. Ku tidak tahu harus berkata apa kerana aku bukanlah seorang yang pandai merangkai kata. Tapi bagiku yang terpenting adalah aku sangat mencintaimu. Selamat ulang tahun semoga selalu diberi umur yang panjang.
  13. I Love You My Wife. Temani aku hingga aku tua nanti, jangan pernah berfikir untuk meninggalkanku kerana aku sangat menyayangimu. Happy Birthday
  14. Terima kasih telah hadir dalam hidupku, terima kasih telah menemaniku sampai saat ini. Selamat ulangtahun Isteriku semoga engkau selalu berada dalam perlidungan Allah dan keluarga kita selalu diberkahi oleh Allah SWT. Amin.

Sumber: http://layanlah.blogspot.com/2019/07/koleksi-pelbagai-ucapan-hari-lahir.html