in

Koleksi 50 Ayat Sentap Sakit Hati

ayat sentap sakit hati

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi ayat sentap sakit hati untuk haters atau orang yang benci anda.

Koleksi lain: Koleksi 50 Ayat Cinta Sweet Gila Dan Romantik Jiwang

Ayat Sentap Sakit Hati

Bila kau pinjam duit dengan orang, latihlah diri bayar balik bila sampai masa. Jangan sampai dia meminta-minta macam peminta sedekah.

MERAJUK dan TAWAR HATI adalah dua perkara berbeza. Merjuk ialah apabila kita tersinggung tapi masih ambil berat. Tawar Hati pula bila kita dah memang mati rasa dan pasdtinya taknak ambil tahu terus!

Bila kita jatuh, orang nak tahu kelemahan kita. Tapi, bila kita berjaya orang nak tahu kekuatan kita.

Nak orang hormat kau. Tapi, kau sendiri tak tahu nak hormat orang lain.

“Tu kawan baik kau kan?
Haahhhh
Kenapa tak lepak sekali?
Dia tengah happy sekarang!. Nanti dia susah, dia datang lah cari aku ajak lepak.”

Dah lah tak kaya. Solat pun malas. Dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat.

Aku tak akan lupa tangan mana yang sambut aku masa aku susah, kaki mana yang melangkah pergi bila aku minta tolong.

Jaga Solat guys. No matter how bad you are… mesti jaga solat.

IKHLAS itu diam. Kalau heboh sana sini, itu namanya IKLAN.

Jangan berkumpul dengan orang yang kuat mengumpat. Nanti, kalau kau tiada, kau yang kena umpat…

Kau jaga solat, Allah akan jaga kau. Simple!

Ayat Untuk Kawan Tikam Belakang

Bila hati dah hitam, benda kecil pun nak diperbesarkan. Suka cari kesalahan orang. Semoga kita dijauhi dari sifat sedemikian.

Saya tidak diajar untuk bermulut manis dan bermuka-muka. Kalau suka, saya katakan. Kalau benci, saya tunjukkan. Kalau sayang, saya buktikan. Kalau sakit hati, saya ingat. Kalau kecewa, saya perlihatkan. Kerana saya bukan orang yang suka memberi senyuman kebohongan.

Jangan terlalu berkira dengan isteri dan anak anda. Anda perlu emmahami mereka dan berkongsi rezeki yang anda ada kerana itulah kiriman daripada Allah SWT.

Mungkin hidup aku tak lah sehebat orang lain. Tapi, aku tetap bersyukur dan bahagia.

Kalau asyik nak tersinggung dengan status orang, kau tak payah main HP, kau pergi main kalkulator sana.

Untuk mendapatkan apa yang kau suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci.

Kalau tak berapa pandai bab ambil hati, belajarlah untuk tidak menyakitkan hati.

It is KIFARAH. Sekarang kau hancurkan hati orang, one day, kau kena balik. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Kau bahagia atas derita orang, one day it will repay back on you.

Semakin bertambah usia, semakin sensitif perasaan kita. Kerana Allah sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan. Namun, hati yang berpaut dengan Allah tidak akan pernah mengecewakan.

Hidup ini ibarat roda. Jangan syok sangat buat orang. Nanti terlupa takdir sendiri.

Kadang rasa nak putus asa. Tapi, Allah selalu gantikan dengan rezeki yang tak terduga.

Hidup tak akan bahagia jika sibuk mengingat kebaikan diri sendiri dan melupakan kebaikan orang lain.

Ayat Untuk Orang Sakit Hati

Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.

Hati ini umpama kaca. Sekali pecah, susah nak sambung. Kalau disambung sekalipun, masih zahir retaknya.

Makin jauh kita bawa isteri jalan-jalan, semakin luas rezeki Allah bagi sebab jika isteri gembira, rahmat Allah sentiasa ada untuk keluarga kita.

Aku bukan yang terbaik. Tapi aku belajar menjadi lebih baik.

Ingatlah, setiap tangan yang menadah ke langit tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Makbul atau tidak doa kita itu adalah rahsia Allah. Allah tak pernah jemu mendengar kita merintih.

Andai skodeng itu buat kau bahagia. Teruskanlah….

Dia tetap tersenyum. Tapi, ketahuilah hati dia sangat rapuh.

Butakan mata apabila melihat aib dan kekurangan orang lain. Pekakkan telinga apabila terdengar umpatan, kutukan dan fitnah daripada orang lain. Diamkan mulut daripada mengata, mengumpat dan menyebarkan aib orang lain.

Ya Allah, sembuhkanlah sesiapa pun yang sedang sakit dan terluka hatinya. Hapuskan air matanya. Hilangkan segala sedih, derita dan kecewanya.

Jangan menyerah saat doa-doamu belum terjawab. Jika kamu mampu bersabar, Allah mampu memberikan lebih dari apa yang kamau minta.

Ayat Untuk Orang Sombong

Ya Allah, ajari jiwa ini untuk kuat apabila diuji. Ajari diri untuk rendah hati bila dipuji. Ajari hati ini untuk istighfar memohon ampunan padamu. Wahai illahi Robbi.

Saat diberi amanah, jaga janjimu. Saat diberi nasihat, sedari kekuranganmu. Saat diberi nikmat, ingat Tuhanmu… Allah SWT.

Syukuri apa yang kau miliki. Jangan iri dengan apa yang orang lain miliki. Maka Allah SWT akan memberimu apa yang belum kau miliki.

Hari ini kau menjatuhkan orang lain. Esok lusa kamu juga pasti akan dijatuhkan orang. Hari ini kamu menghina orang lain, esok esok juga pasti kamu akan dihina orang. Hidup ini apa yang kita tanam, itulah apa yang akan kita tuai.

Sumber: Denniszill