Definisi Umur Warga Emas

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai definisi warga emas umur yang perlu anda tahu

Lain: Doa Mudah Dapat Zuriat

Definisi Umur Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), takrifan warga emas adalah individu yang berusia 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982.

Had umur inilah yang digunakan sebagai rujukan had umur warga emas dalam polisi dan dasar untuk kesejahteraan warga emas di Malaysia. 

Jumlah Warga Emas Di Malaysia

Peratusan penduduk dikategorikan sebagai warga emas (berumur 65 tahun dan lebih) telah meningkat kepada 7.3 peratus pada 2022 berbanding 7.0 peratus pada tahun 2021 daripada keseluruhan populasi Malaysia.

Bantuan Warga Emas Di Malaysia

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas di Malaysia iaitu:

i) Bantuan Kewangan
Bantuan Warga Emas (BWE) diberikan sebanyak RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

ii) Bantuan Alat Tiruan

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.

Diharapkan info umur warga emas di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Definisi & Umur Warga Emas (ecentral.my)