Ayat Penyata (Jenis, Maksud, Contoh Ayat Penyata)

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai ayat penyata, jenis ayat penyata, maksud ayat penyata dan contoh ayat penyata terkini 2021.

Tips Bahasa Melayu lain: Koleksi Simpulan Bahasa Dan Maksud Simpulan Bahasa

Ayat Penyata

Berikut adalah maklumat penuh mengenai ayat penyata.

Apa itu Ayat Penyata

Ayat penyata adalah ayat yang menerangkan dan dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ayat penyata mesti mempunyai subjek, predikat dan tanda noktah.

Contoh Ayat Penyata

Nurul membeli sebatang pensil.
Ahmad menunggang basikal sambil menyanyi.

Jenis Ayat Penyata

  • Ayat transitif dan ayat intransitif
  • Ayat aktif dan ayat pasif
  • Ayat songsang
  • Ayat nafi
  • Ayat inti dan ayat gabungan

Ayat Transitif

Berikut adalah maklumat penuh mengenai ayat transitif.

Apa itu Ayat Transitif

Ayat transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh Ayat Transifit

Abang suka memancing ikan.
(Kata kerja “memancing mesti diikuti dengan objek, iaitu “ikan” supaya maksud ayat yang disampaikan lengkap)

Ayat Intransitif

Berikut adalah maklumat penuh mengenai ayat intransitif.

Apa itu Ayat Intransitif

Ayat intransitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Contoh Ayat Intransitif

Adik sedang tidur.
(kata kerja “tidur” jelas menunjukkan perbuatan adik yang tidak memerlukan objek sebagai pelengkap ayatnya)

Ayat intransitif Tanpa Pelengkap

Ayat intransitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual.

Ayat intransitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual di dapur.

Ayat Intransitif Berpelengkap

Ayat intransitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat tersebut.

Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.

Ayat Aktif Dan Ayat Pasif

Apa itu Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan men-

Contoh Ayat Aktif

Aminah mencuci pingan mangkuk.
Siti perlu menguasai bahasa Bahasa Inggeris dengan baik sebelum pergi ke luar negara.

Setiap ayat aktif boleh ditulis dalam bentuk pasif yang sepadan. Umpamanya, untuk ketiga-tiga ayat di atas, ayat pasif yang sepadan ialah:

Apa itu Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding “ayat aktif” yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak mempunyai kelainan maksud kerana lawan ayat aktif ialah ayat pasif.

Contoh Ayat Pasif

Pingan Mangkuk dicuci oleh Aminah.
Bahasa Inggeris yang baik perlu dikuasai oleh Siti sebelum pergi ke luar negara.

Ayat Songsang

Apa itu Ayat Songsang

Ayat Songsang terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa iaitu subjek + predikat.
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

Jenis Ayat Songsang

Pendepanan seluruh predikat.
Contoh Ayat:
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. [susunan biasa]
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. [susunan songsang]

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Contoh Ayat:
Ibu saya / dia. [susunan biasa – ibu saya sebagai subjek]
Dialah / ibu saya. [susunan songsang]

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
Contoh Ayat:
Kereta Kak Zue /sangat besar. [susunan ayat biasa]
Sangat / besar Kak Zue. [susunan ayat songsang]

Rumah Minah /sangat cantik. [susunan ayat biasa]
Sangat cantik / rumah minah. [susunan ayat songsang]

Cikgu Jo /sangat garang. [susunan ayat biasa]
Sangat garang /Cikgu Jo. [susunan ayat songsang]

Atuk /masih sihat. [susunan ayat biasa]
Masih sihat /Atuk. [susunan ayat songsang]

Pelajar merempuh masuk /ke dalam dewan. [susunan ayat biasa]
Ke dalam dewan/ pelajar merempuh masuk. [susunan ayat songsang]

Cincin emas itu /untuk ibu. [susunan ayat biasa]
Untuk ibu /cincin emas itu. [susunan ayat songsang]

Ayat Nafi

Apa itu Ayat Nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata “bukan” dan “tidak“. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

Contoh Ayat Nafi

Juju bukan kakak kepada Mimi.
Siti bukan pelajar yang terakhir masuk ke kelas.

Ayat Inti

Apa itu Ayat Inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.

Contoh Ayat Inti

Itu buku.
Kucing ini menangkap tikus.
Pisau ini tajam.
Kami ke Kuala Lumpur.

Ayat Gabungan

Apa itu Ayat Gabungan

Ayat Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya

Contoh Ayat Gabungan

Lili masuk ke dalam bilik.[Ayat komponen1]
Lili tidur.[Ayat komponen2]
Lili masuk ke bilik lalu tidur.[Ayat gabung]

Sumber: Ceriasihat