Koleksi Simpulan Bahasa Dan Maksud Simpulan Bahasa

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi simpulan bahasa dan maksud simpulan bahasa. Contoh simpulan bahasa untuk simpulan bahasa tahun 2, simpulan bahasa tahun 3, simpulan bahasa tahun 4, simpulan bahasa tahun 5 dan simpulan bahasa tahun 6 turut disediakan.

Panduan Bahasa Melayu lain : Koleksi Perumpamaan Dan Maksudnya

Simpulan Bahasa

Berikut adalah kamus simpulan bahasa dan maksudnya untuk panduan anda.

Simpulan Bahasa Dan Maksud

Berikut adalah simpulan bahasa dan maksudnya yang boleh anda simpan.

Apa itu Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.

Contoh Simpulan Bahasa

Berikut adalah contoh simpulan bahasa paling mudah.

Simpulan BahasaMaksud Simpulan Bahasa
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
ada jalanada cara; ikhtiar; usaha
air mukarupa atau wajah seseorang
air mukamaruah; harga diri
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
ambil anginbersiar-siar untuk berehat
ambil beratmemberi sepenuh perhatian
ambil beratmemberikan perhatian, minat, atau layanan yang istimewa kepada seseorang atau terhadap sesuatu
ambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak angkatanak orang yang diambil dan dijadikan anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak didikmurid; pelajar
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
anak tunggalsatu-satunya anak dalam keluarga
anak watananak negeri (tempatan) bukan orang asing
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
asah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
ayam tambatanorang harapan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
bendera putihtanda menyerah kalah
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
beralih anginberkunjung ke tempat lain untuk meluaskan pandangan atau mencari pengalaman baru
berat hatienggan; malas
berat hatienggan; tidak sampai hati
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat mulutmalas bercakap; tidak suka berkata-kata; pendiam
berat sebelahtidak berlaku adil
berat tulangorang yang malas bekerja
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berbuih mulutpenat bercakap; menegur atau menasihati
beri jalanmemberikan idea, cara, ikhtiar, dan sebagainya
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
bintang timurbintang yang kelihatan terang pada waktu petang dan dinihari
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah hatiorang yang dikasihi; si jantung hati
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tanganbarang yang dibawa dari perjalanan; oleh-oleh
buka jalanmemberi laluan kepada orang lain
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
buta hatitidak pandai membaca dan menulis
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
celik huruftahu membaca dan menulis
cepat tangansuka mencuri
cuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
dalam tangansudah tentu dapat atau akan diperoleh
darah daginganak kandung
darah daginganak kandung atau anggota keluarga yang punya pertalian darah/keturunan
darah senibakat semula jadi yang diwarisi dalam bidang seni
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gadai nyawamempertahankan nyawa, meletakkan diri dalam keadaan yang boleh menyebabkan nyawa melayang
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil dan sukar menerima nasihat
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
hilang akaltidak dapat berfikir lagi sehingga tidak tahu akan apa-apa yang perlu dilakukan
hutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
ikat pinggangmengurangkan makan kerana kemiskinan
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
jejak langkahperangai; perbuatan
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kacang hantuorang jahat
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kaki joliorang yang suka berfoya-foya
kaki judiorang yang suka berjudi
kaki minumorang yang suka minum minuman keras
kaki perempuanorang yang suka mempermain-mainkan perempuan
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kecil hatimudah tersinggung
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
keras lidahtidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
kurang ajartidak berbudi bahasa
langkah kananbernasib baik
langkah kananbernasib baik
langkah kiritidak bernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lembut hatibaik hati
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
lipas kudungcepat membuat kerja
lupa daratanmelupakan tujuan asal kerana tenggelam dalam arus kemewahan serta kesenangan dunia
lupa diritidak ingat akan asal usul, keturunan, dan Iain-lain
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan anginbersiar-siar dan berehat-rehat untuk melapangkan fikiran
makan suapmenerima rasuah
makan tuanmelawan atau mengenakan tuan atau ketuanya sendiri
malu-malu kucingberpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
masuk campurikut serta; turut mengambil bahagian
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
pandai bawa diritahu menjaga diri
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pasang telingameneliti atau mendengarkan baik-baik percakapan atau bunyi
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
peluk tubuhtidak berbuat apa-apa kerja
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perah otakterlalu kuat berfikir atau belajar
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tarik diritidak turut serta; meletak jawatan
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Sumber: Peribahasa Info