Waktu Solat Kedah 2022 1443H 1444H Jakim

Berikut adalah jadual waktu solat negeri kedah pada tahun 2022 (Masihi), 1443 (Hijrah) dan 1444 (Hijrah) bagi zon-zon di kawasan seluruh negeri Kedah disediakan dibawah ini yang diambil dari laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan adanya waktu solat ini, anda boleh mengetahui waktu imsak kedah, waktu subuh kedah, waktu syuruk kedah, waktu zohor kedah, waktu asar kedah, waktu maghrib kedah atau waktu berbuka puasa kedah dan waktu isyak kedah.

Waktu Solat Tahunan Kedah 2022 1443H 1444H Jakim

Dibawah ini adalah jadual waktu solat zon Kedah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena (Daerah Kecil), Kuala Muda, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling, Bandar Baharu, Kulim, Langkawi, Puncak Gunung Jerai untuk tahun 2022 bagi memudahkan anda untuk simpan dan rujuk.

Rujukan: Kedah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2022 1442H Jakim

Waktu Solat Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena (Daerah Kecil)

Untuk waktu solat kota setar, waktu solat kubang pasu, waktu solat pokok sena, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena (Daerah Kecil) Tahun 2022

Waktu Solat Kuala Muda, Yan, Pendang

Untuk waktu solat kuala muda, waktu solat yan dan waktu solat pendang, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Kuala Muda, Yan, Pendang Tahun 2022

Waktu Solat Padang Terap, Sik

Untuk waktu solat padang terap dan waktu solat sik, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Padang Terap, Sik Tahun 2022

Waktu Solat Baling

Untuk waktu solat baling, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Baling Tahun 2022

Waktu Solat Bandar Baharu, Kulim

Untuk waktu solat bandar baharu dan waktu solat kulim, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Bandar Baharu, Kulim Tahun 2022

Waktu Solat Langkawi

Untuk waktu solat langkawi, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Langkawi Tahun 2022

Waktu Solat Puncak Gunung Jerai

Untuk waktu solat puncak gunung jerai, anda boleh muat turun Jadual Waktu Solat Puncak Gunung Jerai Tahun 2022

Kepentingan Solat Di Awal Waktu

Sejak dari kecil kita dididik tentang kepentingan mengerjakan solat, di sekolah juga tidak terlepas subjek didalam silibus pembelajaran tentang bagaimana mahu mendirikan solat dan asal usul solat lima waktu. Semakin hari, semakin umur kita meningkat, mungkin sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran dan ilmu sedikit sebanyak mengenai kebaikan solat sunat tambahan setelah solat fardhu yang lima itu.

Jika kita tahu bagaimana kesukaran baginda Rasulullah SAW sehingga membuat tawar menawar dengan Allah Ta’ala dalam pengurangan solat fardhu sehingga menjadi lima waktu sahaja, Iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, mungkin tidak sedikit terlintas didalam fikiran kita kesukaran dalam melakukan solat lima waktu pada waktu yang telah ditetapkan iaitu solat di awal waktu.

Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu disebut sebagai tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut, kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktu dapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan  rasa syahwat yang melampaui batas Islam.

Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan di dalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat bermaksud kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus. Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.

Sumber: JAKIM

Leave a Comment