Anda mungkin sampai ke laman ini untuk ketahui cara login BSN online atau BSN log in bagi akses kepada MyBSN Internet Banking. Dalam artikel ini kami akan sediakan panduan mudah untuk anda, terutama kepada yang baru daftar MyBSN online dan first time login, dan bank simpanan nasional log in.
Tips lain: Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online (e-Statement)
Cara Login BSN Online
Sekiranya anda pengguna baru, anda perlu ketahui cara daftar MyBSN untuk mendaftar keahlian anda. Berikut adalah cara daftar Bank Simpanan Nasional yang ringkas:
- Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda untuk akaun BSN anda.
- Anda boleh melakukannya di cawangan BSN yang berhampiran.
- Pastikan anda sediakan kad pengenalan, kad ATM/debit/kredit serta nombor akaun anda untuk memudahkan proses mendaftar nombor telefon anda
Daftar MyBSN online untuk pengguna baru
Langkah di bawah adalah untuk pengguna yang sudah ada akaun BSN yang ada buku, tetapi belum lagi ada akaun BSN online.
- layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do untuk membawa anda ke laman web rasmi MyBSN untuk bahagian login.
- Kemudian klik link Register untuk pelanggan yang ingin membuat keahlian baru di MyBSN.
- Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN. Tick pada Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.
- Selepas anda memilih Accept, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan.
- Sebelum isi, pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda.
- Pada ruangan Debit / Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit / debit yang tertera di bahagian hadapan kad kredit / debit anda.
- Kemudian, pada ruangan CVV2, masukkan nombor tiga digit yang tertera di bahagian belakang kad kredit/debit anda.
- Pada ruangan Expiry Date, anda perlu masukkan tarikh luput untuk kad kredit/debit anda. Untuk Month, pilih bulan, manakala untuk Year, pilih tahun. Bulan dan tahun ini boleh didapati pada bahagian hadapan kad anda, di bawah nombor kad anda, yang tertera tarikh. (Misalnya, sekiranya kad anda tamat pada Mei 2024, akan tertera di kad anda 05/24)
- Pastikan tarikh yang dimasukkan adalah betul. Bimbang akan ada masalah login BSN online nanti.
- Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU masukkan nombor pengenalan yang lama pada Old IC sekiranya anda masih belum menggunakan MyKad, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan/MyKad atau bukan warganegara.
- Tekan butang Next.
- Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi pada ruangan Username.
- Kemudian, masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka).
- Masukkan semula kata laluan anda yang anda ingin gunakan untuk akaun anda ini pada ruangan Confirm New Password.
- Seterusnya, tekan Request OTP. Akan keluar pop-up box untuk mengesahkan nombor telefon anda. Tekan butang Confirm. Anda akan menerima kod OTP daripada BSN secara SMS ke telefon anda, melalui nombor telefon anda yang anda telah daftarkan dengan akaun BSN anda.
- Masukkan kod OTP tersebut di ruangan OTP Number.
- Pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan akaun anda setiap kali anda ingin login ke akaun online banking MyBSN anda. Anda dinasihatkan untuk menukar gambar online anda ini setiap bulan.
- Tekan butang Submit.
- Pendaftaran akaun online banking MyBSN anda berjaya.
- Sila ikut langkah di bawah untuk first time login
Cara Login MyBSN Online Untuk Pengguna First Time Login
Kepada anda yang first time login atau hendak login buat kali pertama, ikuti langkah berikut:
- Layari https://www.mybsn.com.my
- Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username
- Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
- Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
- Masukkan password akaun anda.
- Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
- Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
- Anda kini sudah berjaya login MyBSN online
Cara Login MyBSN Online Untuk Pengguna Kali Pertama & Sudah Berdaftar
Untuk pengguna yang telah mendaftar akaun MyBSN dan sudah pernah login sebelum ini boleh ikuti langkah di bawah.
- Layari https://www.mybsn.com.my
- Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username
- Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
- Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
- Masukkan password akaun anda.
- Anda kini sudah berjaya login MyBSN online
Sumber: Therohani