Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai Surah 3 Qul atau Ayat 3 Qul seperti ayat 3 qul rumi, maksud ayat 3 kul dan kelebihan ayat 3 qul.
Tips Islam lain: Ayat 1000 Dinar (Kelebihan, Maksud, Hikmah, Bacaan Rumi)
Ayat 3 Qul
Berikut adalah maklumat mengenai surah 3 qul.
Apa itu Ayat 3 Qul
Apa itu surah 3 qul atau ayat 3 qul? Ayat 3 qul terdiri daripada surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Ayat 3 qul rumi dan surah 3 qul rumi disediakan di bawah untuk memudahkan anda.
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas Rumi: Qul Huwallahu Ahad (1) Allahussomad (2) Lam Yalid Walam Yuulad (3) Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)
Maksud Surah Al-Ikhlas: Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1) Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu (2) Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3) Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia (4)
Surah Al-Falaq
Surah Al-Falaq Rumi: Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1) Min Syarrimaa Kholaq (2) Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3) Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4) Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)
Maksud Surah Al-Falaq: Katakanlah: Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh (1) Daripada Kejahatan MakhlukNya (2) Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3) Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul (4) Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)
Surah An-Nas
Surah An-Nas Rumi: Qul A’uuzu Birobbinnaas (1) Malikinnaas (2) Ilaahinnaas (3) Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4) Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5) Minal Jinnati Wannaas (6)
Maksud Surah An-Nas: Katakanlah: Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia (1) Raja Manusia (2) Sembahan Manusia (3) Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi (4) Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5) Daripada Jin dan Manusia (6)
Kelebihan Ayat 3 Qul
Banyak kelebihan mengamalkan surah 3 qul. Antaranya adalah mengamalkan membaca surah ini sebelum tidur bertujuan untuk menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan terhindar dari segala bentuk kejahatan atau perkara yang buruk.
Cara Membaca Ayat 3 Qul Sebelum Tidur
Untuk cara membaca surah 3 qul sebelum tidur:
- Seeloknya sebelum anda mahu tidur, berwuduk terlebih dahulu. Kemudian bersedia sambil duduk ditempat tidur dan baca doa tidur terlebih dahulu.
- Baca surah 3 Qul bermula dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga akhir ayat ke semua surah sambil menadah tangan.
- Selesai membaca, hembus di tapak tangan dan sapu muka serta ke seluruh badan, tangan dan kaki.
- Selepas itu berbaringlah. Pada waktu ini, anda boleh membaca lagi surah-surah lain seperti surah Al-fatihah, kerana ia juga elok diamalkan ketika mahu tidur beserta dengan Ayatul Qursi.
Sumber: Mediaislamik