Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips mudah cara tampal lencana sekolah 2024 dengan cepat supaya dapat jimat masa anda.
Artikel berkaitan: Fakta Anak Sulung Yang Perlu Anda Tahu
Cara Tampal Lencana Sekolah
Berikut adalah tips carra tampal lencana sekolah.
Cara Tampal Lencana Sekolah Secara Manual (Jahit)
Bagi sesetengah orang yang tidak biasa memegang jarum dan benang, jahit manual lencana mungkin agak sukar. Namun begitu, ianya tidaklah sesukar mana. Pastikan anda gosok dahulu pada bahagian yang ingin dijahit supaya tiada kedutan.
Kemudian, ambil benang yang sudah dimasukkan ke dalam lubang jarum dan mulakan menjadhit. Jangan lupa untuk jahit di atas poket dan bukan menutup poket tersebut. Akhir sekali buat jahitan sembat susup di sekeliling lencana tersebut.
Cara Tampal Lencana Sekolah Guna Double Sided Adhesive Cloth
Ramai di antara anda mungkin tidak tahu kewujudan double sided adhesive cloth ini. Barang ini anda boleh dapatkan di mana-mana kedai jahit, kedai fabrik, daiso, MR DIY dan lain-lain lagi. Tape ini memang digunakan hanya untuk fabrik dan pakaian.
Cara guna barang ini amatlah mudah dimana anda perlu memotong adhesive cloth ini mengikut saiz lencana yang ingin ditampal. Kemudian, letakkan di belakang lencana tersebut dan seterika sahaja sehingga ia melekat.
Tidak sampai 5 minit boleh siap cara tampal lencana sekolah guna cara ini. Cara ini amatlah tahan lama dan kukuh di pakaian anda.
Cara Tampal Lencana Sekolah Guna Gam Fabrik
Cara tampal lencana sekolah guna cara ini memerlukan anda untuk menyediakan gam fabrik iaitu sejenis gam yang boleh disapukan kepada kain dan khas untuk fabrik.
Cara guna gam fabrik ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Gam fabrik atau gam kain ini boleh anda dapati di mana-mana kedai fabrik atau kedai aksesori jahitan.
Cara gunanya adalah dengan sapu sedikit gam di sekeliling lencana dan sedikit dot di belakang lencana. Tidak perlu letak gam ini terlalu banyak. Kemudian, lekatkan di pakaian dan tekan-tekan sedikit menggunakan tangan.
Sumber: Bidadari