Cara Renew CIDB Green Card (Kad Hijau Pekerja CIDB)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara renew green card cidb atau cidb green card renewal (cidb renew online). Anda juga boleh semak cidb dan cidb check online.

Artikel menarik lain: Check Number Phone & Check No Scammer (Cek Scammer)

CIDB Green Card

Berikut adalah maklumat mengenai CIDB green card yang diambil dari therohani.

Apa itu CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.

Ia juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.

Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan sebarang syarat pendaftaran, pembaharuan lesen CIDB dan akreditasi kontraktor.

Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.

Cara Renew CIDB Green Card

Terdapat cara yang mudah untuk anda renew Kad Personel Binaan (Kad Hijau/Green Card) anda.

Sila ikuti langkah di bawah:

  1. Mula-mula, layari laman web https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.
  2. Anda akan dibawa ke portal rasmi CIDB.
  3. Pada laman web ini, pergi ke bahagian login, dan login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  4. Setelah berjaya login, ada terpapar menu untuk anda pilih.
  5. Pilih Construction Personnel.
  6. Kemudian, pilih Construction Personnel Module, dan pilih pula Personnel Card.
  7. Akan ada ruangan untuk anda mengisi maklumat yang diperlukan.
  8. Isi kesemuanya.
  9. Kemudian, anda diberi pilihan untuk membayar secara online banking, atau anda hanya perlu hadir ke kaunter CIDB di daerah yang menjadi pilihan anda.
  10. Anda juga diberi pilihan, sama ada untuk mendapatkan green card anda secara pos terus ke alamat surat menyurat anda, atau anda boleh mengambil kad anda di kaunter CIDB.
  11. Anda berjaya renew green card anda.
  12. Walau baagimanapun, proses renew green card ini akan mengambil masa minimum sebulan. Jadi, anda boleh cetak green card yang sementara di laman web rasmi CIDB. Anda akan dimaklumkan sekiranya green card anda telah siap dikemas kini.

Sumber: Therohani