Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips cara buat sangkar kucing DIY simple dari PVC. Cara buat sangkar kucing DIY kayu juga disediakan yang murah dan kuat.
Artikel berkaitan: Senarai Baka Kucing & Jenis Kucing Yang Perlu Anda Tahu
Sangkar Kucing DIY
Berikut adalah cara membuat sangkar kucing DIY dan cara cara buat sangkar kucing DIY yang dikongsikan oleh Jay Jusin Full.
Sangkar Kucing DIY PVC
Berbaloi sebab besar dan tahan karat
2 hari bekerja keras siap jugak sangkar kucing DIY. Guna PVC saja supaya boleh tahan lama tak karat.
Selalu beli sangkar mahal kejap jer reput karat semua kena air. Buat diy senang, murah pun murah, besar pun besar.
Budget dalam RM130 tak sampai. Dapat besar ni. Lantai saya tak buat sebab senang nak cuci.
Barang yang diperlukan
Berikut adalah barang yang diperlukan untuk buat sangkar kucing DIY PVC:
- Fitting T Rm 0.90 x 28 pcs = RM 25.20
- fitting L Rm 0.50 x 14 pcs = Rm 7.00
- Pvc pipe Rm 1.60 sebatang x24 pcs= Rm 38.40
- Cable tie =Rm 7.00
- Gergaji potong pvc =RM 1.80
- Engsel pintu Rm 0.90 x 2 = Rm1.80
- Jaring semeter rm9.20 x 5m = Rm 46
TOTAL = RM 120.20
Cara Membuat Sangkar Kucing DIY
Sambung kan PVC tapi sebelum tu kenalah ada idea macam mana bentuknya. Boleh rujuk sangkar yang ada di pasaran.
Dah siap rangka
Buat para untuk kucing tidur dan duduk
Pasang jaring bahagian luar
Jangan lupa buat pintu
Dah siap!
Sumber: Jay Jusin Full