Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai eTesting JPJ Ujian Lesen Memandu Tanpa Pegawai akan dilaksanakan mulai April 2024 di seluruh negara.
Lain: Contoh Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ
Apa itu eTesting JPJ
eTesting JPJ adalah ujian lesen memandu tanpa pegawai di mana pegawai JPJ tidak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu.
Sebaliknya, calon akan dipantau oleh pegawai ini menerusi bilik kawalan.
Caj Bayaran eTesting JPJ
Institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100 untuk penggunaan sistem eTesting ini.
Kelebihan eTesting JPJ
Berikut adalah kelebihan sistem eTesting JPJ kepada calon adalah:
- Boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.
- Calon ujian akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian
- Mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.
Untuk sistem eTesting JPJ itu sendiri, berikut adalah kebaikkannya:
- Membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada iaitu kira-kira 150 calon pada satu hari.
- Jumlah pegawai penilai JPJ yang bertugas di satu institut memandu juga boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.
- Dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.
Tarikh Pelaksanaan
Institut memandu seluruh negara dibenarkan untuk menawarkan ujian berasaskan eTesting bermula pada April 2024.
Buat masa ini calon-calon ujian memandu diberi pilihan untuk sama ada menjalani ujian biasa atau eTesting sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada 2030.
Sumber: eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Tanpa Pegawai Mulai April (ecentral.my)