Bahagian Ayam & Kalori Setiap Potongan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan jumlah kalori & lemak setiap bahagian ayam yang perlu anda tahu lebih-lebih lagi jika ingin diet.

Lain: Resepi Ayam Goreng McD Mudah Untuk Disediakan

Bahagian Ayam

Berikut adalah bahagian ayam yang perlu anda tahu:

  1. Paha ayam (drumstick)
  2. Atas paha ayam (chicken thigh)
  3. Dada ayam (chicken breast)
  4. Kaki ayam
  5. Kepak ayam (chicken wing)
  6. Hati ayam

Lemak & Kalori Setiap Bahagian Ayam

Berikut adalah jumlah kalori & lemak setiap bahagian ayam perlu anda tahu:

Paha ayam (drumstick)

Mengandungi lemak dan kalori yang tinggi, tetapi juga kaya dengan protein. Elakkan makan kulit ayam kerana di situlah kandungan lemak paling tinggi.

Tenaga: 170 kcal

Protein: 13.0 g

Lemak: 13.1 g

Atas paha ayam (chicken thigh)

Bahagian ini mengandungi lemak dan kalori yang paling tinggi, tetapi memberikan protein yang banyak. Seperti paha ayam, elakkan makan kulit ayam kerana di situlah kandungan lemak paling tinggi.

Tenaga: 172 kcal

Protein: 13.3 g

Lemak: 13.2 g

Bahagian dada ayam pula (chicken breast)

Mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori jika dibandingkan dengan bahagian ayam yang lain. Oleh itu, daging dada ini sangat popular dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan dan ahli sukan yang ingin tubuh lebih berotot.

Tenaga: 150 kcal

Protein: 18.3 g

Lemak: 7.7 g

Kaki ayam

pula mempunyai peminat yang tersendiri. Kaki ayam mempunyai jumlah protein yang tinggi dan lemak yang kurang. Oleh itu, kaki ayam selalunya dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan bone broth atau sup tulang, malah ada juga kajian menunjukkan bahawa kaki ayam merupakan sumber kolagen yang baik.

Tenaga: 115.6 kcal

Protein: 14.7 g

Lemak: 6.4 g

Kepak ayam (chicken wing)

Bahagian kepak mempunyai lebih banyak kulit dan tulang daripada daging atau otot. Oleh itu, kalori bagi 100g kepak ayam mentah datangnya daripada lemak.

Tenaga: 101 kcal

Protein: 7.6 g

Lemak: 7.8 g

Hati ayam

Bahagian ini pula mempunyai jumlah protein yang tinggi dan lemak yang rendah. Lazimnya, hati ayam dijadikan sebagai rencah dalam masakan sayur-sayuran. Tetapi hati ayam juga merupakan sumber zat besi yang baik, dengan pengambilan 1 ketul (2 lobar) hati ayam mampu membekalkan 10.7 mg sumber zat besi.

Tenaga: 116 kcal

Protein: 19.2 g

Lemak: 3.3 g

Diharapkan info bahagian ayam di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang baru.

Sumber: Ketahui jumlah kalori dan lemak setiap bahagian potongan ayam – XTRA