Pada anda yang memiliki Playstation 4 (PS4), anda mesti merasakan bahawa PS4 sememangnya mempunyai grafik permainan yang cukup cantik dan tidak dapat membayangkan bagaimana pula contoh grafik yang terdapat di Playstation 5 (PS5) bukan?
Baru-baru ini, salah satu pembangun permainan video yang terkenal disebalik permainan Fortnite, iaitu Epic Games telah menunjukkan kecanggihan teknologi Unreal Engine 5 pada umum yang menurut mereka bakal digunakan pada permainan video di PS5.
Bagi memperlihatkan contoh kecanggihan Unreal Engine 5, mereka telah membangunkan satu demo permainan “Lumen in the Land of Nanite” yang direka khas untuk PS5. Dalam demo tersebut, mereka menunjukkan 2 teras teknologi yang dibangunkan dalam Unreal Engine 5 iaitu Nanite dan Lumen.
Dengan teknologi Unreal Engine 5 ini, sudah pasti ramai pengemar permainan video di luar sana tidak sabar untuk membeli dan mencuba sendiri PS5 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.
Sumber: Unreal Engine