Cara Tukar Password Unifi

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan mudah cara tukar password unifi guna handphone dengan cepat atau how to change unifi password.

Artikel berkaitan: Speed Test Unifi : Check Speed Test TM Internet Unifi Online

Cara Tukar Password Unifi

Berikut adalah panduan cara tukar password unifi oleh laman The Rohani.

Cara tukar password Unifi PPPOE

Ini ialah password yang anda perlukan untuk dail. Bermakna, ini ialah password yang datang secara default. Contohnya, jika username Unifi anda ialah username@unifi, username itu ialah login anda.

Jika tidak salah, anda sendiri yang pilih username dan password ini semasa pendaftaran.

Malangnya, jika terlupa, memang tiada cara mudah untuk tukar password ini secara online.

Anda perlu hubungi Unifi Customer Service atau dail sahaja 100 dari mana-mana telefon bimbit.

Anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti nombor MyKad, nombor akaun, nombor telefon dan lain-lain, untuk mengesahkan identiti.

Macam mana nak login TM Unifi modem router

Sangat malang bagi pemilik wifi ini, apabila kadangkala, berlaku pencerobohan keselamatan pada wi-fi mereka (security breach).

Tambahan pula, dengan perkembangan teknologi terkini, alat pencuri wi-fi juga sudah terjual di Internet, jadi tidak hairan wi-fi anda mudah untuk dicuri oleh orang asing. Terdapat implikasi yang mungkin anda akan alami sekiranya wi-fi anda dicuri, termasuklah wi-fi anda akan menjadi perlahan.

Oleh hal yang demikian, anda perlu tahu cara untuk menyelesaikan masalah ini, dan cara yang terbaik adalah dengan menukar kata laluan wi-fi UniFi anda.

Anda boleh menggunakan cara yang mudah untuk menukar kata laluan, iaitu dengan menghubungi Telekom Malaysia pada talian 100. Apabila anda berjaya, TM akan membuat beberapa pengesahan (verification) untuk memastikan bahawa memang anda yang menghubungi mereka dan anda juga merupakan pemilik asal wi-fi tersebut.

Sekiranya TM tidak dapat membantu anda untuk tukar kata laluan kerana ketika anda menghubungi TM, sistem TM tidak dapat mengesan router anda pada sistem mereka seperti disebabkan anda tidak online dan sebagainya, barulah anda perlu lakukan penukaran kata laluan secara manual seperti berikut:

  • Pastikan router anda berfungsi.
  • Buka browser Kemudian taip 192.168.0.1 (ataupun boleh taip http://192.168.0.1)
  • Tekan Enter.
  • Akan tertera notification box yang memerlukan anda untuk log masuk.

Untuk log masuk, anda perlu mengisi username dan password. Untuk mengisi username dan password ini, ia bergantung kepada jenis router yang anda gunakan. Jenis router yang available untuk pelanggan ini ialah:

  • Router D-Link warna Oren-Putih dan lain-lain
  • Router RG-MARITIME warna kelabu
  • Router warna hitam berbentuk silinder
  • Router TP-Link yang mempunyai 2 atau 3 antenna
  • Modem ZTE

Router D-Link Warna Oren-Putih Dan Lain-lain

  • Untuk bahagian username, taip “admin” (semua huruf kecil)
  • Untuk bahagian password, biarkan kosong dan tak perlu taip apa-apa.
  • Kemudian, tekan Enter. Anda akan dibawa ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.

Router RG-MARITIME Warna Kelabu

  • Untuk bahagian username, taip “admin” (semua huruf kecil)
  • Untuk bahagian password, biarkan kosong dan tak perlu taip apa-apa.
  • Kemudian, tekan Enter. Anda akan dibawa ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.

Router Warna Hitam Berbentuk Silinder

  • Untuk bahagian password, taipkan admin@xxx (gantikan huruf “x” tersebut dengan melihat empat digit kata laluan samada awal atau akhir emell anda yang telah technician TM tuliskan pada bawah router anda).
  • Kemudian, tekan Enter. Anda akan dibawa ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.

Router TP-Link Yang Mempunyai 2 Atau 3 Antenna

  • Jika anda log masuk untuk kali pertama, pada bahagian username, taipkan “admin” (semua huruf kecil)
  • Untuk bahagian password, taip adm@xxxx (gantikan huruf “x” tersebut dengan melihat empat digit password akhir email anda yang telah technician TM tuliskan pada bawah router anda).
  • Kemudian, tekan Enter. Anda akan dibawa ke laman untuk menukar kata laluan wi-fi.
  • Jika log masuk untuk kali yang ke-2 dan seterusnya, tiada paparan username. Terus masukkan kata laluan pada password.

Macam mana cara nak tukar password wifi Unifi

Di bawah ini, kami senaraikan beberapa cara untuk tukar password Unifi, bergantung kepada jenis router.

Router D-Link Warna Oren-Putih Dan Lain-lain

  • Pada skrin 1, pada menu menegak di bahagian kiri laman, klik pada wireless setup.
  • Cari tajuk manual wireless connection option.
  • Kemudian, klik pada kotak kecil manual wireless connection setup.
  • Pada skrin 2, cari tajuk WPA/WPA2.
  • Cari kotak kecil bertajuk network key. Dalam kotak itu tertera password Ubah password tersebut. Minima lapan angka dan maksima sebanyak 32 angka.
  • Setelah masukkan password baru, klik kotak save setting.

Router RG-MARITIME Warna Kelabu

  • Pilih tab wireless yang terletak pada bahagian atas laman manakala ruangan SSID pada bahagian kiri laman tersebut. Kini anda dapat lihat paparan jadual pada laman itu dengan heading jadual tersebut dengan 3 Column seperti berikut: NO – SSID – Operation.
  • Klik butang Edit pada row No 1.
  • Terpapar ruangan untuk diisi.
  • Pada SSID, tukarkan huruf x pada xxxx@unifi kepada nama wi-fi yang anda inginkan.
  • Pada ruangan Preshared Key, masukkan password baru anda.
  • Klik butang Submit. (Anda perlu gunakan password baru untuk menyambung ke wi-fi setelah anda klik butang Submit ini)
  • Cara tukar password Unifi anda kini selesai untuk router RG-MARITIME

Router TP-Link Yang Mempunyai 2 Atau 3 Antenna

  • Klik pada ruangan Guest Network yang terletak pada kiri laman, manakala pada tap basic yang terletak pada bahagian atas laman, berikut merupakan paparan tetapannya;
  • Untuk network name (SSID), isikan nama yang anda ingin guna untuk wi-fi tersebut.
  • Untuk password, tetapkan password baru wi-fi anda.
  • Klik Save. (semua peranti yang ingin menggunakan wi-fi anda perlu memasukkan password baru yang anda tetapkan sekiranya ingin mendapat akses)
  • Cara tukar password Unifi anda kini selesai untuk router TP-Link

MODEM ZTE

  1. Buka browser Kemudian taip 192.168.1.1
  2. Di laman seterusnya, pada bahagian username, taip
  3. Untuk bahagian password, taip Adm@xxxx (x ialah empat angka terakhir MAC ID yang terdapat pada label di belakang modem ZTE anda)
  4. Tekan LOGIN.
  5. Tekan Local Network.
  6. Tekan WLAN.
  7. Tekan WLAN SSID CONFIGURATION.
  8. Seterusnya, ikut setting yang terkandung dalam dua kategori di bawah:

SSID (2.4GHz) pilih ON

  • SSID NAME (taipkan nama apa yang anda ingin lihat apabila anda cuba car iwi-fi anda untuk bahagian 2.4GHz) 1-32 charc
  • SSID HIDE = OFF
  • ENCRYPTION TYPE = WPA/WPA2-PSK-TKIP-AES
  • WPA PASSPHRASE, taipkan password wi-fi yang baru untuk bahagian 2.4GHz) 8-63 charc
  • SSID ISOLATION = OFF
  • MAXIMUM CLIENTS = 32
  • Tekan butang APPLY.

SSID5 (5GHz) pilih ON (lebih laju berbanding 2.4GHz)

  • SSID NAME (taipkan nama apa yang anda ingin lihat apabila anda cuba cari wi-fi anda untuk bahagian 5GHz) 1-32 charc
  • SSID HIDE = OFF
  • ENCRYPTION TYPE = WPA/WPA2-PSK-TKIP-AES
  • WPA PASSPHRASE, taipkan password wi-fi yang baru untuk bahagian 5GHz) 8-63 charc
  • SSID ISOLATION = OFF
  • MAXIMUM CLIENTS = 32
  • Tekan butang APPLY.

Cara tukar password Unifi Self Care Portal

Anda juga boleh menukar kata laluan pada perkhidmatan atas talian Uni-fi iaitu Self-Care.

Self-Care ialah laman milik Uni-fi yang boleh anda gunakan untuk lihat dan membuat bayaran, melihat pernyataan bil, serta untuk mendapatkan bantuan mengenai isu servis daripada Unifi.

Anda perlu login dahulu atau lebih tepat, membuat akaun baru untuk pelanggan Unifi yang baru. Anda boleh mengakses Self-Care pada https://mobile.unifi.com.my/selfcare. Laman ini boleh diakses, sama ada pada desktop ataupun pada telefon pintar.

Kepada anda yang ingin menukar kata laluan pada akaun anda, ikuti langkah di bawah:

  • Login ke Self-Care di https://mobile.unifi.com.my/selfcare.
  • Klik pada tab ‘Profile’ Self Care.
  • Di bawah Personal Details, klik butang Edit.
  • Masukkan password baru anda sebanyak dua kali untuk mengesahkan dan klik Save. Untuk login seterusnya, anda akan menggunakan kata laluan baru ini.

Sumber: The Rohani