Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Waktu solat aidil adha & bila waktu sesuai untuk bertakbir.
Lain: Lafaz Takbir Raya Aidil Adha, Kaifiat & Waktu Takbir Raya
Waktu Solat Aidil Adha
Solat Sunat Aidil Adha ditunaikan pada 10 Dzulhijjah, iaitu antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Disunatkan untuk tidak mengambil sarapan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.
Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir?
Dari sumber laman sesawang Mufti WP, terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.
Pada Hari Raya Aidiladha, waktu Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.
Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah.
Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.
Diharapkan info mengenai waktu solat aidil adha di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.
Sumber: Waktu Solat Aidil Adha & Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir? (ecentral.my)