Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara besarkan payudara secara semulajadi yang boleh anda ikuti. Tips cara besarkan payudara isteri turut disediakan.
Artikel menarik lain: Cara Cara Buat Anak Dengan Betul & Terbaik
Cara Besarkan Payudara
Berikut adalah panduan cara besarkan payudara yang boleh anda ikuti yang dikongsikan oleh artikel asal di https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/cara-besarkan-payudara-tanpa-pembedahan/
Cara Besarkan Payudara
Urutan dan minyak
- Minyak pati serai
Minyak pati serai ini mengandungi monoterpene yang dipanggil nerol. Nerol didapati menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan yang tinggi. Oleh itu, dipercayai minyak pati serai ini dapat digunakan sebagai cara besarkan payudara tanpa pembedahan.
- Minyak zaitun
Minyak zaitun merupakan sumber nutrien yang kaya dan dipercayai dapat membantu meningkatkan peredaran darah. Ia mengandungi phytoestrogen yang meniru aktiviti estrogenik dalam badan anda dan ia boleh digunakan sebagai salah satu cara besarkan payudara anda.
- Minyak pati ros
Kaya dengan kandungan monoterpenoid yang dipanggil geraniol. Bahan geraniol dalam minyak pati ros ini berfungsi sama seperti nerol, di mana ia turut menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan tinggi.
Oleh itu, minyak pati ini turut dianggap sebagai kaedah berkesan untuk merangsang pertumbuhan tisu payudara anda sekali gus merupakan satu cara besarkan payudara yang selamat tanpa pembedahan.
Vitamin
Pengambilan vitamin adalah satu lagi pendekatan cara besarkan payudara yang selamat. Vitamin A, B3, C dan E adalah cukup popular untuk fungsi keupayaannya yang dapat membantu membesarkan saiz buah dada bersama manfaat kesihatan lain yang turut ditawarkan.
Vitamin A berfungsi untuk membantu dalam proses pengeluaran kolagen yang membantu menganjalkan payudara, vitamin B3 pula dapat membantu dalam meningkatkan peredaran darah dalam badan anda, secara tidak langsung ia menggalakkan pembesaran payudara.
Manakala vitamin C membantu menghasilkan kolagen, memastikan sel payudara kekal terhidrasi dan dalam masa yang sama membantu mengimbangi hormon-hormon badan anda yang boleh mempengaruhi saiz payudara anda.
Vitamin E dapat membantu dalam mengawal selia paras kolesterol anda, yang akhirnya memberikan kesan dalam peningkatan saiz payudara anda.
Tetapi, amatlah disarankan untuk anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin dalam diet pemakanan sebagai pilihan utama anda berbanding pengambilan supleman tambahan.
Diet pemakanan
Pengambilan makanan yang betul turut dapat dijadikan sebagai cara besarkan payudara yang baik. Sesetengah makanan dipercayai dapat membantu untuk merangsang estrogen dan pertumbuhan payudara.
Antara makanan yang boleh diamalkan adalah seperti buah-buahan seperti betik, epal, kurma, delima dan ceri. Manakala bagi sayuran pula seperti lobak, taugeh, terung, bawang putih dan timun. Kekacang seperti walnut, pistachio dan buah berangan. Buah zaitun dan avokado juga merupakan antara pilihan makanan yang baik.
Senaman dada
Selain pemakanan, senaman juga merupakan cara besarkan payudara yang paling selamat tanpa pembedahan. Gabungan diet pemakanan yang sihat bersama latihan senaman dada yang baik, pastinya dapat membantu anda mendapatkan payudara yang anda ingini.
Senaman dada biasanya melibatkan bahagian lengan serta bahu, dan ini membantu dalam peregangan dan toning di sekitar payudara anda.
Selain membantu untuk meningkatkan saiz payudara anda, latihan seperti push-up, chair lift, wall press, dan chest press juga dapat menjadikan anda lebih sihat dan cergas.
Sumber: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/cara-besarkan-payudara-tanpa-pembedahan/