Asasi UiTM 2024 : Bidang Pengajian & Cara Mohon

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bidang Pengajian, Syarat, Cara Mohon Asasi UiTM 2024

Lain: Cara Kiraan Merit Lepasan SPM

Program Asasi UiTM Yang Ditawarkan

Untuk makluman anda, Pusat Asasi UiTM menawarkan lima (5) Program Pengajian :

  1. *Asasi Sains* (PI080) UE0545001
  2. *Asasi Kejuruteraan* (PI009) UE0520001
  3. *Asasi TESL* (PI020) UE0222001 (bagi calon yang telah ditemuduga sahaja)
  4. *Asasi Undang-Undang KPTM* (PI007) UE0380001
  5. *Asasi Undang-undang UiTM* (PI005) UE0380002

Syarat Kelayakan Program Asasi UiTM

Setiap program pengajian Asasi yang ditawarkan telah menetapkan syarat kelayakan yang berbeza-beza mengikut keperluan subkjek yang terlibat.

Untuk menyemak syarat kelayakan anda, sila layari laman web SELangkah di alamat https://selangkah.uitm.edu.my/

Selain itu, anda juga boleh menyemak syarat kelayakan bagi setiap program melalui buku digital yang boleh diakses melalui pautan https://drive.google.com/file/d/1oFsKCmrG-7P57-FU3nhqPBr4tjrBQuyu/view?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3lfM3QrIGtRY56FP7eSNlNaAn457pOtffqOtHlgpViGxDDgCQMjoBF52A_aem_ZmFrZWR1bW15MTZieXRlcw

Cara Memohon Asasi UiTM

Permohonan memasuki program Asasi UiTM boleh dibuat melalui sistem UPU dimana anda dikehendaki meletakkan pilihan program Asasi yang diingini sebagai pilihan utama untuk peluang lebih tinggi ditawarkan pengajian di sini.

Pemilihan calon juga adalah berdasarkan sistem meritokrasi yang bermaksud:

  • Tidak semua calon yang layak itu berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
  • Tidak semua yang berjaya itu ditawarkan program pilihan kerana persaingan program yang dipohon.

Diharapkan info asasi uitm di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Asasi UiTM 2024: Bidang Pengajian, Syarat, Cara Mohon (ecentral.my)