Qunut Nazilah : Panduan & Doa (Bacaan Rumi)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Qunut Nazilah rumi & panduan doa

Lain: Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Maksud Ejaan Rumi

Apa itu Qunut Nazilah?

Qunut nazilah dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam atau sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

Cara Membaca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Bacaan Doa Qunut Nazilah

Berikut adalah bacaan doa qunut nazilah:

  • اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
    • Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
  • و نعوذ بك من شرورهم
    • Wana’u dzubika min syururihim
  • اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
    • Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
  • وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
    • Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
  • وسلط عليهم کلبامنکلابك
    • Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
  • يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
    • Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
  • اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
    • Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
  • يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
    • Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Bacaan Doa Qunut Nazilah Rumi

Berikut adalah bacaan doa qunut nazilah versi rumi:

Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Ya Mujriyas-Sahab‚
Ya Hazimal Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim

Maksud Qunut Nazilah

Berikut adalah maksud qunut nazilah:

  • Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami,
  • dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
  • Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
  • Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
  • Ya Allah leburkan pendirian mereka,
  • Ya Allah musnahkan langkah mereka,
  • Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
  • Ya Allah yang Maha Memaksa,
  • Ya Allah yang Maha Perkasa,
  • Ya Allah yang Maha Membalas,
  • Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
  • Yang turunkan kitab,
  • Yang gerakkan awan,
  • Yang tewaskan tentera Ahzab,
  • Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Diharapkan info mengenai qunut nazilah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin (ecentral.my)