Teknologi bateri kereta EV kini maju selangkah dengan pengenalan bateri LFP Shenxing generasi ketiga oleh CATL. Bateri ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang 7 minit.
Paling menariknya, pengecasan daripada 10% ke 80% boleh dilakukan dalam masa 3 minit 44 saat sahaja.

Teknologi Geely Energee Golden Brick Battery yang melakukan pengecasan yang sama dalam masa 5 minit 32 saat. Prestasi pengecasan adalah seperti di bawah.
- 10% → 35%: 1 minit
- 10% → 80%: 3 minit 44 saat
- 10% → 98%: 6 minit 27 saat
- Pada -30°C → 98%: 9 minit
Untuk mencapai masa pengecasan yang pantas ini, CATL meningkatkan kecekapan sistem penyejukan sebanyak 20%. Pada waktu yang sama sistem pemanasan bateri juga lebih baik untuk pengecasan dalam suhu beku.
Menurut mereka, tahap kesihatan bateri masih melebihi 90% selepas bateri menjalani 1000 kitaran pengecasan ultra pantas.
Sumber: https://amanz.my/2026561515
