YouTube Premium Lite Kini Di Malaysia, Berharga RM12.90 Sebulan

Google telah mula menawarkan YouTube Premium Lite untuk pasaran Malaysia, dimana pengguna boleh menikmati langganan YouTube Premium pada harga lebih rendah dengan sedikit perubahan

Melalui YouTube Premium Lite, pengguna ditawarkan pengalaman menonton kebanyakkan video secara bebas iklan, membolehkan memainkan video pada latar, serta memuat-turun kebanyakkan video.

Berdasarkan gambar di atas, sekiranya anda inginkan pengalaman bebas iklan sepenuhnya, dan menikmati YouTube Music tanpa iklan, maka anda mungkin perlu mendapatkan pelan YouTube Premium pada harga RM20.90 sebulan.

Bagi anda yang menggunakan YouTube, boleh menyemak penawaran YouTube Premium Lite ini pada akaun masing-masing bermula hari ini.

Sumber: Amanz