Bateri Terkini EV Boleh Dicas Daripada 10% Ke 80% Dalam Masa Kurang 4 Minit

Teknologi bateri kereta EV kini maju selangkah dengan pengenalan bateri LFP Shenxing generasi ketiga oleh CATL. Bateri ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang 7 minit.

Paling menariknya, pengecasan daripada 10% ke 80% boleh dilakukan dalam masa 3 minit 44 saat sahaja.

Teknologi Geely Energee Golden Brick Battery yang melakukan pengecasan yang sama dalam masa 5 minit 32 saat. Prestasi pengecasan adalah seperti di bawah.

  • 10% → 35%: 1 minit
  • 10% → 80%: 3 minit 44 saat
  • 10% → 98%: 6 minit 27 saat
  • Pada -30°C → 98%: 9 minit

Untuk mencapai masa pengecasan yang pantas ini, CATL meningkatkan kecekapan sistem penyejukan sebanyak 20%. Pada waktu yang sama sistem pemanasan bateri juga lebih baik untuk pengecasan dalam suhu beku.

Menurut mereka, tahap kesihatan bateri masih melebihi 90% selepas bateri menjalani 1000 kitaran pengecasan ultra pantas.

Sumber: https://amanz.my/2026561515