Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal di kebanyakan negeri hingga jam 9 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan akan melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, ia juga membabitkan negeri Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Begitu juga di daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Bagi negeri Pahang, hujan dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.
Di Negeri Sembilan pula, hanya daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau yang terlibat.
Manakala di Johor hanya Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Beralih ke Sarawak, kawasan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang diramal alami hujan lebat.
Di Sabah pula, hanya daerah Pedalaman (Nabawan) yang terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia
Sumber: Siakap Keli
