Apple Tap To Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Berita baik kepada anda pengguna Apple, di mana Apple telah memperkenalkan ciri Tap to Pay di Malaysia. Melalui ciri ini, ia membolehkan peniaga atau penjual menggunakan iPhone untuk menerima bayaran menerusi Apple Pay atau menggunakan kad kredit/debit tanpa memerlukan sebarang terminal fizikal tambahan.

Ciri ini boleh digunakan iPhone 11 dan ke atas tanpa perlu bergantung kepada platform lain. Semasa pembayaran, peniaga hanya akan meminta pelanggan untuk memegang kad kredit atau debit, iPhone, Apple Watch atau dompet digital lain berhampiran iPhone peniaga, dan pembayaran akan diselesaikan dengan selamat menggunakan teknologi NFC

Apple mengatakan ia menyokong Apple Pay untuk pembayaran, selain sokongan kad debit atau kredit daripada American Express, JCB, Mastercard, MyDebit, UnionPay, and Visa. Platform yang menyokong di Malaysia pula ialah ADAPTIS, Fiuu, HitPay, Stripe, dan Zoho.

Tap to Pay di iPhone juga kelak boleh digunakan di Apple The Exchange TRX. Tiada perkakasan tambahan diperlukan, jadi peniaga boleh menerima pembayaran dari mana sahaja mereka menjalankan perniagaan

Sumber: https://amanz.my/2026561534