Kebiasaannya, sekiranya kita ingin pos barang ke sesiapapun, kita pasti akan menggunakan perkhidmatan kurier. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat cara pantas dan berbaloi untuk pos barang, iaitu dengan melalui pos penerbangan kapal terbang.
Seorang pengguna Facebook iaitu Hazalina Hamzah berkongsikan mengenai pengalaman beliau mengepos barangan dari Kelantan kepada adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur.
Bagaimanakah caranya? Ianya mudah dan menjimatkan dengan menggunakan khidmat Firefly. Berikut adalah langkahnya:
Hubungi Firefly Centre untuk bertanyakan tentang penghantaran ini dan pihak mereka akan mengesahkan dahulu sekiranya masih boleh pos barang atau tidak.
Semak di laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi anda ke tempat yang anda ingin pos barang tersebut.
Kemudian sediakan barang-barang untuk dihantar dan terus ke kaunter Firefly dan isi borang pengeposan. Kemudian timbang, bayar dan check-in barang tersebut. Ada nombor tracking flight yang ditampal pada kotak.
Untuk dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa sejam untuk pengeposan. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi.
Penerima boleh menunggu di lapangan terbang untuk mengambil barang tersebut. Hanya RM21.20 untuk 5.2 kilogram berat barang. Ianya memang mudah dan berbaloi.
Cara pengeposan melalui pesawat ini sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga yang tinggal berjauhan dan ingin menghantar barang yang diperlukan dengan segera.
Sumber: Hazalina Hamzah