DBKL telah mengingatkan orang ramai sejak Oktober 2020 bahawa kaedah bayaran caj tempat letak kereta (TLK) tepi jalan kini telah menggunakan aplikasi atau pun e-kupon. Dalam artikel ini kami akan ajar cara bayar parking DBKL tanpa tunai dengan aplikasi mobile dan e-kupon serta senarai ejen EZ Smart Park DBKL.
Bacaan Lain: Cara Pos Motor Guna Poslaju, Harga Pos Motor Disediakan
Cara Bayar Parking DBKL Tanpa Tunai
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1hb Oktober 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur.
Cara bayaran parking DBKL boleh dilakukan melalui saluran berikut:
Saluran Aplikasi Mudah Alih (Mobile App)
Berikut adalah 6 aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membuat bayaran tempat letak kereta secara online.
Pas Bulanan Parking DBKL EZ SMART PARK
Bagi pengguna yang kerapkali keluar dan menggunakan parking awam, anda disarankan membeli terus pas bulanan untuk memudahkan urusan.
Sila muat turun aplikasi EZ Smart Park melalui link berikut:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ezsmartpark&hl=en&gl=US
- Apple iStore: https://apps.apple.com/my/app/ez-smart-park/id1532829632
Senarai Ejen eKupon
Terdapat juga beberapa ejen e-Kupon yang boleh didapati di kedai serbaneka di seluruh KL. Layari laman Senarai Ejen Ekupon Tempat Letak Kereta Di Bahu Jalan untuk maklumat lanjut
Maklumat Lanjut
Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan lanjut mengenai bayaran tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur boleh dibuat melalui talian dan e-mel/laman web seperti jadual di atas atau menghubungi DBKL melalui saluran berikut :
- WhatsApp : 019-2883255
- E-Mel : parkingjkew@dbkl.gov.my
Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang cara bayar parking DBKL dan e-kupon dengan melayari portal DBKL: www.dbkl.gov.my
Sumber: Harian Post