Membeli belah di Daiso ini memang seronok kerana terdapat banyak barang menarik Daiso disediakan khas untuk kita terutamanya kepada ibu-ibu diluar sana. Barang dapur Daiso yang menarik ini kini boleh didapati secara online menerusi laman rasmi Shopee Daiso Official Store.
Barang Menarik Daiso
Berikut merupakan beberapa barang dapur Daiso yang patut anda beli. Senarai harga barang Daiso untuk kegunaan dapur juga disediakan menerusi link setiap barang tersebut.
Tisu Pembersih Lantai
Paling bagus tetapi anda kena beli mop secara berasingan. Cuma cantumkan tisu ini pada mop, dan sapu. Jangan terkejut kalau nampak muka sendiri pada lantai. Pautan pembelian secara online: Floor Dry Cleaning Tissue For Wiper
Pembasuh Mesin Basuh
Mesin basuh ini barang paling penting untuk ibu kita. Kadang kala kita lupa mesin basuh pun kena turut basuh juga tau. Jadi boleh beli washing machine cleaner ini, lepas itu lihat mesin basuh anda bersih seperti baru. Pautan pembelian secara online: Washing Machine Cleaner
Penyangkut Beg Plastik
Sangkut sahaja dekat sinki dan letak sebarang beg plastik. Kemudian buat kerja dapur seperti biasa dan boleh terus buang sampah ke dalam beg plastik. Pautan pembelian secara online: Plastic Bag Holder For Sink Doors With Bag Mouth
Selipar Boleh Dibasuh
Masuk dapur pun kena utamakan keselamatan kerana kadangkala lantai dapur boleh jadi licin. Selipar ini boleh dibasuh, dan digalakkan untuk anda membeli banyak pasang supaya boleh memakai selipar lain sekiranya selipar lain sedang dibasuh. Pautan pembelian secara online: Washable Slipper
Spray Kulat
Spray khas untuk buangkan kulat yang ada di kawasan dapur anda. Pautan pembelian secara online: Mold Remover Spray
Deodorizer Untuk Peti Sejuk
Peti ais yang digunakan oleh kita untuk menyimpan pelbagai jenis makanan, sudah tentu kadang kala akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk mengatasi masalah tersebut, digalakkan untuk letak deodorizer ini di dalam peti sejuk anda. Pautan pembelian secara online: Deodorizer For Refrigerator
Serbuk Pencuci Paip Tersumbat
Disebabkan paip tersumbat, boleh jadi stress seminggu dibuatnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, boleh cuba gunakan serbuk pencuci ini. Pautan pembelian secara online: Drain Pipe Cleaner Detergent Powder.
Pemegang Span
Pemegang ini berguna untuk anda letakkan dan gunakan span anda ketika membasuh pinggan. Pautan pembelian secara online: Sponge Holder.
Penutup Mangkuk Lauk
Sebelum simpan lauk yang tidak habis dimakan ke dalam peti sejuk, seeloknya tutup dahulu menggunakan penutup ini untuk elakkan peti ais dari berbau. Untuk lauk yang atas meja makan, boleh tutup guna penutup ini untuk elakkan habuk dari masuk. Pautan pembelian secara online: Silicon Lid
Bekas Plastik Beg Sampah
Bekas plastik sampah ini boleh disangkut dekat kawasan tong sampah untuk memudahkan anda uruskan plastik sampah ini. Pautan pembelian secara online: Portable Garbage Bag Case
Serbuk Pengeras Minyak Masak
Sisa minyak masak yang sudah tidak digunakan itu, jangan pula buang dalam sinki. Nanti boleh tersumbat. Keraskan dengan serbuk ini, kemudian baru buang ke dalam tong sampah. Atau sekiranya anda ingin jual minyak masak terpakai, boleh baca Jual Minyak Masak Terpakai Di Lokasi Penjualan Seluruh Malaysia. Pautan pembelian secara online: Cooking Oil Hardener
Sumber: kakidekor