Jual Minyak Masak Terpakai Di Lokasi Penjualan Seluruh Malaysia

Tahukah anda bahawa anda boleh jual minyak masak terpakai hasil dari memasak untuk tujuan pelupusan? Untuk pengetahuan anda, minyak masak yang sudah digunakan merupakan salah satu bahan yang susah untuk dikendalikan dan kebanyakkan dari kita terus membuang minyak tersebut melalui sinki rumah.

Minyak masak terpakai yang dibuang melalui sinki boleh menyebabkan sinki rumah tersumbat dan jika sistem saliran sinki tersebut membawa minyak masak tersebut ke longkang utama sistem perumahan anda, ianya boleh kemudiannya mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Untuk jual minyak masak terpakai, anda boleh ke lokasi penjualan dan kitar semula minyak masak seluruh Malaysia yang kami paparkan di akhir artikel ini. Seeloknya anda hubungi mereka dahulu untuk mengetahui adakah mereka masih menerima minyak masak terpakai, kadar harga terkini dan waktu cawangan dibuka.

Seorang pengguna Twitter, @IkhwanNazri berkongsikan maklumat bahawa kadar sewaktu beliau menjual minyak masak terpakai adalah sekitar RM1.10 untuk setiap kilogram minyak. Kadar ini mungkin berubah dari masa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda, minyak masak terpakai akan dikitar semula oleh syarikat pembeli sebagai produk biodiesel untuk kegunaan kenderaan berenjin diesel.

Lokasi Jualan Semula Minyak Masak Terpakai Di Seluruh Malaysia

Berikut merupakan lokasi jual minyak masak terpakai di seluruh Malaysia. Sekiranya anda mempunyai perniagaan baru untuk membeli minyak masak terpakai, anda boleh maklumkan pada orang ramai menerusi di ruangan komen Facebook untuk kami senaraikan syarikat anda dibawah ini.

Kuala Lumpur

Putrajaya

Selangor

Perak

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

Kelantan

Terengganu

Pahang

Johor

Melaka

Negeri Sembilan

Sabah

Sarawak

Labuan

Sumber: Tajria, Ikhwan Nazri

Leave a Comment