Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai bedak sejuk seperti kebaikan bedak sejuk dan manfaat bedak sejuk flower. Cara pemakaian bedak sejuk dan cara pakai bedak sejuk juga disediakan.
Artikel lain: Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Perlu Anda Tahu
Bedak Sejuk
Berikut adalah info mengenai bedak sejuk yang perlu anda tahu.
Apa itu Bedak Sejuk
Bedak sejuk adalah salah satu cara rawatan kulit secara tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Bahan utama dalam pembuatan bedak sejuk adalah beras.
Manfaat Bedak Sejuk
Berikut adalah kebaikan bedak sejuk yang perlu anda tahu.
Melembapkan Kulit
Bedak sejuk berfungsi sebagai pelembap kulit. Jika digunakan, kulit akan nampak lebih segar dan berseri. Kulit yang kering akan menyebabkan wajah nampak tua dan kusam.
Mencerahkan tona warna kulit
Anda boleh cuba gunakan bedak sejuk untuk mencerahkan tona warna kulit. Ia turut dapat memudarkan parut-parut jerawat.
Mengecilkan saiz pori-pori
Dengan pemakaian bedak sejuk juga dapat mengecilkan saiz pori-pori di wajah. Hasilnya tekstur kulit akan nampak lebih gebu, licin dan cantik. Wajah anda turut kelihatan awet muda.
Membersihkan pori-pori tersumbat
Selain mengecilkan saiz pori-pori, bedak sejuk juga akan membersihkan liang yang tersumbat itu. Apabila pori-pori terbuka, segala kekotoran, sebum dan peluh akan terkumpul. Keradangan yang berlaku akan menyebabkan jerawat dan sebagainya.
Mengurangkan sebum
Pada anda yang tidak tahu, sebum ialah minyak yang dihasilkan oleh kulit. Apabila kelenjar kulit terlalu aktif, ia akan mengeluarkan sebum yang banyak. Inilah yang akan menyumbatkan pori-pori wajah yang terbuka.
Dengan penggunaan bedak sejuk, pengeluaran sebum oleh kelenjar kulit dapat dikawal. Kesannya muka anda tidak nampak terlalu berminyak dan masalah kulit dapat dikurangkan.
Mengurangkan masalah jerawat, bintik hitam dan putih
Bedak sejuk juga mampu mengurangkan masalah jerawat, bintik hitam dan putih.
Menyegarkan dan menyejukkan kulit
Kandungan utama bedak sejuk ialah beras. Ada juga yang menggunakan tanah liat putih. Kesemua ini berfungsi untuk menyejukkan dan menyegarkan wajah. Itulah sebabnya ketika menyapu bedak sejuk, wajah akan terasa nyaman.
Cara Pemakaian Bedak Sejuk
Untuk cara memakai bedak sejuk atau cara pakai bedak sejuk, anda boleh ikuti tips dari laman ini : Cara Pemakaian Bedak Sejuk
Sumber: Bidadari