Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai daun ketumbar vs daun sup yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Jangan Silap Beli Lagi, Ini 5 Perbezaan Antara Daun Sup Dengan Daun Ketumbar (siraplimau.com)
Lain: Senarai Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan
Daun Sup VS Daun Ketumbar
Berikut adalah cara untuk beza daun sup dan daun ketumbar:
Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar : Nama / Label di Pasar Raya
Sebenarnya ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya.
Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
Beza Daun Ketumbar Dan Daun Sup : Akar
Kalau daun sup dan daun ketumbar masih dijual dengan akarnya, mungkin lebih mudah untuk anda membezakan keduanya.
Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang. Kalau nak lebih faham, boleh rujuk dan bezakan dalam gambar di bawah ini.
Batang & Daun
Kebanyakan masa kalau akarnya dah dipotong, kita tengok pula pada struktur daun dan batangnya. Ini mungkin agak susah nak bezakan, tapi tetap ada sedikit perbezaan.
Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.
Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.
Bau
Akhir sekali masa nak confirmkan, cara paling mudah nak kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah pada aromanya.
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.
Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang mungkin membuatkan sesetengah orang rasa kurang senang. Tapi ramai juga yang merasakan aromanya berbau segar ala sitrus dan inilah yang lebih membuka selera!
Kegunaan Dalam Masakan
Dari segi kegunaan, biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam.
Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurnag digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
Sumber: Jangan Silap Beli Lagi, Ini 5 Perbezaan Antara Daun Sup Dengan Daun Ketumbar (siraplimau.com)