Biodata Ezurin Khyra, Ikon Fesyen Popular

Ezurin Khyra merupakan seorang ikon fesyen popular dan juga bintang dalam The House Musim 6. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Ezurin Khyra atau Princess E, Ezurin Khyra biodata, fakta menarik Ezurin Khyra.

Biodata artis lain: Biodata Mira Filzah, Pengacara & Pelakon Popular

Biodata Ezurin Khyra

Berikut adalah biografi Ezurin Khyra untuk panduan anda:

  • Dikenali sebagai Ezurin Khyra atau Princess E.
  • Merupakan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit terkenal.
  • Bekas model.
  • Pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Datuk Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah dan mempunyai lima orang anak iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra. Mereka bagaimanapun bercerai dua tahun lalu.
  • Kini memegang status sebagai ibu tunggal.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @ezurinkhyra

Fakta Menarik Ezurin Khyra

  • Walaupun umurnya mencecah 40 tahun, namun dikatakan ramai tak ubah seperti wanita berusia 25 tahun.
  • Gemar berfesyen.
  • Seorang ibu yang garang.
  • Suka mengembara ke serata dunia.
  • Anak-anaknya mendapat pendidikan di London.
  • Menyifatkan gaya pemakaiannya yang seksi tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan keperibadiannya yang sebenar.
  • Menjalani gaya hidup serba mewah.
  • Sering muncul dengan fesyen bersifat ekstravaganza.
  • Kebanyakan pakaian dikenakannya direka khas oleh pereka fesyen terkenal dunia.
  • Sering mengajar nilai-nilai ketimuran ketika mendidik anak-anak.
  • Sering kecundang dalam percintaan.
  • Pakar dalam ubahsuai.
  • Penakut bila berdepan serangga dan ketinggian.
  • Gemar memasak juadah Melayu.
  • Seorang yang tabah menjalani kehidupan.

The House Musim 6

  • Memaparkan cabaran dilalui Ezurin sekeluarga dalam menempuhi kehidupan serba sederhana – lari dari zon selesa mereka.
  • Dirakamkan di sekitar Hulu Langat dalam tempoh 30 hari.
  • Turut dijayakan rakan baik Ezurin iaitu Magie Abang Saufi.
  • Sewaktu penggambaran, Ezurin menyalin busana sekurang-kurangnya empat kali sehari!
  • Beliau juga membawa selori pakaian ke lokasi penggambaran.
  • Bersiaran selama 10 episod di saluran Astro Ria mulai 21 Oktober 2020, setiap Rabu, jam 9 malam.

Sumber: Iluminasi