Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin hari ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan kepada rakyat. Sebanyak 10.6 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini.
Senarai penuh Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
- RM1,000 untuk 3.7 juta isi rumah bagi kategori B40.
- RM500 untuk 3.8 juta bagi kategori B40 bujang.
- RM600 untuk 1.4 juta isi rumah bagi kategori M40.
- RM300 untuk 1.7 juta bagi kategori M40 bujang.
Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
Cara Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
Sumber: BERNAMA TV