Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara ambil wudhu, cara wuduk yg betul dan cara ambil wudhuk yang wajib, ringkas dan sunat, cara mengambil wuduk yang betul dan sempurna.
Cara Ambil Wudhu
Apa itu Wuduk?
Apakah wuduk atau wudhu atau wudhuk? Dalam Islam, wudhu’ merupakan perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh seseorang umat Islam. Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara’ pula, wudhu’ diterjemahkan sebagai membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu, iaitu cara ambil wuduk yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua-dua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
Wudhu’ hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai sumber air untuk melakukannya. Jika tiada, maka wudhu’ boleh diganti dengan tayammum.
Wudhu In English
Dalam bahasa Inggeris, Wudhu in english adalah ablution
Cara Ambil Wudhu Wajib Dan Cara Ambil Wudhu Sunat
Berikut adalah cara ambil wudhu atau cara wuduk yg betul meliputi yang wajib dan sunat:
- Mulakan dengan niat mengambil wudhu’
- Membersihkan kedua-dua tapak tangan sebanyak tiga kali untuk sebelah tangan.
- Berkumur sebanyak tiga kali.
- Membersihkan hidung sebanyak tiga kali.
- Membasuh muka sebanyak tiga kali. Anda juga perlu berniat dalam hati; “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala”.
- Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku sebanyak tiga kali
- Menyapu air ke kepalasebanyak tiga kali.
- Menyapu telinga kanan sebanyak tiga kali, dan juga telinga kiri sebanyak tiga kali.
- Membash kaki kanan sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali, juga kaki kiri sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali.
- Berdoa selepas mengambil wudhu’; Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah, Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.
Cara Ambil Wudhu Ringkas (Yang Wajib Sahaja)
Berikut adalah cara ambil wuduk ringkas yang meliputi wajib sahaja:
- Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
- Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelahatas sehingga sampai kedua-dua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.
- Membasuh kedua-dua tangan hingga kedua-dua belah siku. Bagi individu yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
- Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.
- Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke kedua-dua belah buku lali.
- Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.
Hukum Berwudhu’
Hukum wudhu mempunyai hukumnya yang tersendiri apabila ingin dilakukan dalam situasi-situasi yang tertentu:
Wajib
- Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat, seperti solat fardhu lima waktu sehari semalam, menyentuh Al-Quran atau menyentuh buku yang mengandungi surah Yasin.
- Situasi lain yang diwajibkan untuk mengambil wudhu’ adalah ketika ingin melakukan tawaf Ka’bah, sama ada tawaf fardhu mahupun sunat.
Sunat
- Ketika hendak mandi wajib
- Hendak membaca Al-Quran, hadis dan buku
- Ketika hendak tidur
- Ketika marah
- Melakukan azan
- Duduk di dalam masjid
- Mengusung jenazah
- Mengambil wudhu’ semula bagi yang sudah mempunyai wudhu’ dan belum terbatal wudhu’nya
Hikmah Wudhu
Hikmah berwudhu’ adalah kerana anggota-anggota badan untuk mengambil wudhu’ ini terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu, dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat, sama ada secara zahir mahupun batin. Ikuti Hikmah Wudhu JAKIM untuk maklumat lanjut.
Sumber: Therohani