Pada masa kini yang serba canggih, ramai ibu bapa memberikan anak kecil mereka dengan sebuah gajet untuk bagi mereka leka dan tidak menganggu orang lain. Sewaktu mereka leka, ibu bapa boleh menggunakan masa yang ada untuk berehat atau membuat kerja tanpa gangguan.
Gajet yang diberikan pada usia yang amat muda ini sebenarnya tidak elok untuk perkembangan mereka. Ibu bapa juga sukar untuk mengawal kandungan jenis apakah yang dilihat oleh anak-anak mereka. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa digalakkan untuk membuat busy board yang boleh melekakan anak pada masa sama sangat baik untuk merangsang deria anak-anak.
Cara Buat Busy Board
Busy board amat bagus kerana ianya boleh merangsang deria pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik. Busy board ini sesuai untuk anak-anak yang berusia 6 bulan dan ke atas.
Ianya boleh juga digunakan untuk bayi yang meniarap dengan meletakkan busy board ini di hadapan mereka. Satu perkongsian dari Facebook Mohd Kamarul Ariphin Carpin menceritakan beliau membuat busy board untuk anak kembarnya.
Bahan-Bahan Untuk Buat Busy Board
Kebiasaannya cara buat busy board ini adalah dengan menggunakan papan yang dilekatkan barang-barang yang senang dicari seperti berikut:
- Kunci pintu
- Suis
- Loceng
- Tombol
- Karpet pelbagai tekstur dan warna
- Kalkulator
- Roda
- Span
- Sikat
- Renda
- Stiker warna-warni
- Tali
- Zip
- Botol plastik
Contoh-Contoh Busy Board
Berikut merupakan hasil busy board yang sudah siap untuk idea para ibu bapa.
Kebaikan Busy Board Untuk Anak-Anak
Busy board sebenarnya merangsang anak-anak untuk menyelesaikan masalah, latihan melakukan rutin seharian, kemahiran pengurusan diri seperti membuka butang baju, buka pintu, mengikat tali kasut dan sebagainya.
Dari segi keselamatan busy board, ianya diperbuat daripada papan kayu ataupun plastik. Pastikan barang-barang digam kuat di papan tersebut. Papan tersebut juga boleh dilekatkan pada dinding untuk mengelakkan daripada bersepah.
Sumber: Mohd Kamarul Ariphin Carpin, Nafisatul Ilmi