Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips petua hilangkan kelemumur dengan mudah menggunakan barang di rumah sahaja. Cara hilangkan kelemumur teruk juga disediakan.
Tips kesihatan lain: Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Selamat
Cara Hilangkan Kelemumur
Berikut adalah cara hilangkan kelemumur teruk yang boleh anda amalkan.
Cara Hilangkan Kelemumur Teruk
Santan Kepala
Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut anda. Pastikan kulit kepala anda juga diselaputi dengan santan kelapa. Selepas itu, urut seketika dan balut dengan tuala atau shower cap dan biarkan selama dua jam.
Kemudian basih rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala anda.
Daun Inai
Daun inai turut boleh digunakan sebagai petua hilangkan kelemumur, bukan sahaja digunakan untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban.
Caranya mudah sahaja dengan tumbuk daun inai sehingga lumat dan sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Kemudian basuh sehingga bersih.
Limau Nipis
Limau nipis turut membantu dalam cara atasi masalah kelemumur. Caranya mudah sahaja dengan memotong 3 biji limau nipis dan campukan dengan satu gayung air. Pastikan anda perah limau supaya jusnya keluar.
Selepas selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis tadi dan pastikan sampai ke kulit kepala tanpa perlu dibilas.
Lemon
Lemon boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur dengan cara yang sama seperti limau nipis. Anda boleh gunakan lemon jika tiada lemon di rumah anda.
Aloe Vera
Anda boleh ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan keseluruh kulit kepala. Kemudian, urut seketika bagi memastikan jel tadi diserap ke kulit kepala dan biarkan selama 30 minit sebelum cuci bersih.
Daun Durian Belanda
Ambil 5 helai daun durian belanda, ramas sehingga lumat, campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Kemudian sapukan ke seluruh rambut termasuk kulit kepala. Biarkan selama satu jam dan kemudian cuci sehingga bersih.
Minyak Argan
Minyak argan juga berfungsi untuk hilangkan kelemumur teruk dengan cara sapu minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi.
Minyak Zaitun
Untuk menghilangkan kelemumur menggunakan minyak zaitun, anda boleh sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.
Sumber: https://bidadari.my/petua-hilangkan-kelemumur/