Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara kemas rumah dengan cepat, cara kemas rumah flat atau cara kemas rumah mudah dengan betul.
Artikel menarik lain: Cara Hilangkan Bau Hapak Kereta (Serta Tempat Lain)
Cara Kemas Rumah
Berikut adalah cara kemas rumah yang barang yang boleh anda ikuti.
Cara Kemas Rumah Yang Banyak Barang
Berikut adalah tips cara kemas rumah yang banyak barang yang diambil dari TheRohani.
Kemas Tempat Tidur Dahulu
Ya, itulah yang sepatutnya dibuat selepas bangkit tidur. Tidak kiralah di manapun anda melelapkan mata, jangan biarkan keadaan tempat tidur bersepah. Terutamanya jika mempunyai bilik tidur sendiri. Itu bukan alasan untuk anda malas merapikan cadar, melipat selimut atau menyusun bantal.
Lakukan segera setiap kali bangkit tidur. Didik anak-anak supaya melipat selimut, menyusun bantal, menarik cadar sehingga tegang atau rapi di atas tilam dan mengemas atas katil setiap kali mereka bangun tidur. Jika sudah menjadi kebiasaan, anda boleh melakukannya dalam tempoh seminit.
Kemas Bilik Air
Ingatkan ahli keluarga supaya:
- Memastikan membasuh bersih permukaan lantai tempat mandi daripada sebarang kesan sabun.
- Membersih tumpahan ubat gigi atau buihnya dari permukaan sink atau kawasan sekitarnya.
- Meletakkan balik setiap barang yang digunakan pada tempatnya seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun.
- Paling penting, menarik flush selepas menggunakan tandas.
- Pastikan setiap ahli dalam rumah mematuhi semua peraturan di atas.
- Sebenarnya anda tidak perlu menunggu seminggu sekali baru hendak mencuci tandas.
- Andai terlihat kesan kotoran pada permukaan dinding, terus ambil berus dan sental.
Perbuatan itu boleh dilakukan sambil mandi. Sebenarnya anda hanya perlu meluangkan masa satu minit saja untuk mengemas bilik air.
Sidai Tuala Dan Kumpul Pakaian Kotor
Cara kemas rumah bersepah dan banyak barang ini ini juga berkaitan dengan pakaian.
Inilah masalah terbesar bagi kebanyakan orang. Meletak tuala basah selepas mandi dan membiarkan pakaian kotor di merata-rata tempat. Tuala basah inilah antara penyumbang kepada bau hapak atau kurang enak dalam rumah.
Jadikan amalan diri atau keluarga untuk menyidai tuala basah di ampaian atau tempat yang sesuai.
Kemas Ruang Makan
Jadikan tabiat untuk mengemas segera sisa bahan memasak jika membuat persiapan memasak di ruang makan.
Didik anak-anak untuk menolak semula kerusi ke bawah meja setiap kali bangun selepas makan.
Sapu permukaan lantai selepas makan untuk membuang sisa makanan yang bersepah. Sebaik-baiknya setiap ahli keluarga mengambil giliran menyapu ruang makan.
Jika sudah selalu diamalkan. Masa untuk menyapu ruang makan berkeluasan sederhana mengambil masa tidak lebih tiga minit.
Basuh Pinggan Lepas Makan
Pastikan sink bebas daripada pinggan kotor setiap hari sebelum tidur. Jika berasa penat melakukannya sendirian, ajak anak atau suami untuk membantu anda. Atau tetapkan giliran membasuh pinggan di kalangan ahli keluarga.
Pastikan semua pinggan, mangkuk dan cawan disusun pada rak atau tempatnya dengan kemas. Jika pinggan yang digunakan sewaktu makan malam sudah dibasuh, anda sebenarnya memerlukan masa tidak sampai seminit untuk membasuh kole atau cawan minum pagi.
Rasanya ini antara yang paling penting. Pinggan bersepah, automatik rumah akan nampak bersepah. Pastikan tips kemas rumah bersepah ini.
Bersihkan Ruang Tamu
Susah nak kemas rumah bersepah sebab banyak barang?
Susah nak kemas rumah bersepah sebab rumah kecil? Percayalah, tiada masalah.
Cuba susun kemas kusyen sofa atau kusyen hiasan yang berterabur.
Jika mempunyai anak kecil yang suka membawa permainan dari bilik tidur dan bermain di ruang tamu; ajar mereka supaya menyimpan semula barang permainan di tempat asal.
Atau sediakan kotak berpenutup yang berwarna-warni di ruang tamu supaya mudah menyimpan apa juga barang yang menyemakkan pandangan.
Kotak ini juga boleh jadi penyelamat jika tiba-tiba rumah didatangi tetamu. Tugas mengemas hanya memakan masa lima minit sahaja bagi ruang tamu berkeluasan sederhana, jika keadaannya tidak seperti `tongkang pecah’.
Bagi mereka yang suka tidur atau tertidur di ruang tamu, jangan bertangguh melipat selimut dan tilam nipis (jika anda menggunakannya) sehingga anda pulang dari tempat kerja.
Sebenarnya, anda akan menjadi lebih ‘stress‘ mendapati ruang tamu bersepah selepas penat bekerja.
Buang Sampah Setiap Hari
Biarpun sedikit, jangan simpan sampah di rumah. Jadikan amalan untuk membuang sampah setiap hari.
Tujuannya untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kunjungan daripada `tetamu’ yang tidak diingini seperti tikus, semut, cicak dan lipas.
Sumber: Therohani