Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan cara mohon meter TNB Online & Borang Permohonan meter TNB serta dokumen diperlukan.
Lain: Idea Menu Potluck Pejabat, Sekolah & Sambutan Raya
Cara Mohon Meter TNB
Berikut adalah info mengenai cara memohon meter TNB yang dikongsikan oleh laman √ Cara Mohon Meter TNB Online & Borang Permohonan (carasemak.com)
Cara Memohon Meter TNB
Dokumen Mohon Meter TNB
Di bawah merupakan beberapa dokumen mohon meter TNB yang mesti Anda sediakan:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Pastikan Anda memiliki Alamat Email Aktif
- Nombor Telefon Anda
- Nama Ibu
- Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)
Kedai Komersial, Pemohon syarikat
- Salinan SSM, Borang 9 or Borang D
- Salinan kad pengenalan pengarah urusan
- Nama Ibu
- Alamat Email
- Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)
Cara Mohon Meter TNB Online
Sila ikuti langkah-langkah cara mohon meter TNB:
1. Lawati pautan rasmi TNB https://www.mytnb.com.my/
2. Masukkan Alamat Email.
3. Masukkan Password.
4. Klik Login.
5. Selepas Anda login, pada bahagian Apply, pilih I AM MOVING In. Get me started.
6. Isikan alamat mengikut format yang betul, boleh rujuk alamat di bill lama.
7. Klik Next.
8. Pada bahagian I’m applying as, Anda dapat pilih yang ingin Anda apply company atau persendirian.
9. Klik Next.
10. Sebelum Anda mulakan, pastikan bahawa dokumen yang diperlukan tersedia.
11. Gunakan format PDF atau ambik gambar.
12. Klik Next.
13. Pada bahagian, Adakah anda perlukan Kontraktor? sekiranya rumah Anda ditinggalkan melebihi 5 tahun atau wujud kesangsian dan keyakinan. Lantiklah kontraktor untuk periksa pendawaian Anda. Patikan Ada caj oleh kontraktir. Sekiranya masih selamat, klik No.
14. Seterusnya, klik Next.
15. Pilih Tarikh bila Anda ingin bekalan elektrik. Biasanya TNB akan memberikan tempoh waktu 7 hari dari register.
16. Kemudian, pada bahagian Electricity Supply Detail isikan maklumatnya.
17. Pada bahagian Additional Contact, Anda boleh isikan penama yang boleh Anda hubungi.
18. Pada bahagian Customer Details. Anda perlulah muat turun Application Form dan submit dokumen.
19. Klik Submit.
20. Jika Approved, TNB akan menghantar email harga kepada Anda.
21. Selesai.
Nota: TNB akan memasang meter dalam 7 hari bekerja. Sekiranya ada masalah, TNB akan menghantar email dan baikilah apa yang patut.
Bagi Anda yang perlukan borang permohonan meter, boleh download disini.
Permohonan Meter TNB
TNB menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu:
- Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan Lama
- Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB
- Permohonan bekalan elektrik sementara
- Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa
- Tukar Nama Meter TNB
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan TNB Anda dapat menghubungi TNB Careline 15454.
Sumber: √ Cara Mohon Meter TNB Online & Borang Permohonan (carasemak.com)