Cara Renew Roadtax Di Pejabat Pos (Kereta & Motor)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara renew roadtax di pejabat pos selain dari JPJ online atau Myeg. Ikuti panduan cara renew cukai jalan kereta & cukai jalan motor di sini.

Artikel menarik lain: Cara Renew Lesen Memandu Online 2022 Guna MyEG

Cara Renew Roadtax

Berikut adalah cara renew roadtax di pejabat pos bagi cukai jalan kereta atau cukai jalan motor yang diambil dari Kekandamemey.

Cara Renew Roadtax Di Pejabat Pos

APA YANG ANDA PERLU BUAT SEBELUM RENEW ROADTAX?

Berikut adalah yang perlu anda lakukan :

Semak tarikh tamat insurans dan roadtax

Sebelum renew roadtax anda, pastikan anda tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda terlebih dahulu. Boleh survey harga insurans motor atau insurans kereta dari Etiqa.

Pastikan bawa geran kenderaan bersama

Seperti yang kita tahu, di dalam geran kenderaan tersebut ada maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan banyak lagi.

Pastikan kenderaan anda bebas daripada apa-apa saman

Jika anda mempunyai apa-apa tunggakan saman, anda terpaksa melangsaikannya terlebih dahulu.

Ini kerana anda tidak sesekali dibenarkan untuk memperbaharui roadtax kenderaan sekiranya ada mempunyai tunggakkan.

Semak harga pasaran kenderaan anda

Dengan menyemak secara awal harga pasaran terkini kenderaan anda demi kepentingan insurans.

Syarat Renew Roadtax Di Pejabat Pos

Berikut ialah syarat-syarat sebelum anda boleh perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos:

  1. Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
  2. Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
  3. Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  4. Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
  5. Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  6. Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.

ADAKAH PERLU BUAT JANJI TEMU PEJABAT POS BAGI URUSAN RENEW ROADTAX?

Tidak perlu lagi,anda boleh hadir sahaja di Pejabat Pos bersama dokumen yang diperlukan

Cara Renew Roadtax Pejabat Pos

Berikut pula cara untuk renew cukai jalan di Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda:

  1. Pastikan anda memenuhi syarat untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  3. Antara dokumen penting ialah salinan insurans motor atau insurans kereta
  4. Pergi ke JPJ berdekatan
  5. Boleh pergi ke Pejabat Pos besar atau Pejabat Pos cawangan.
  6. Senarai penuh Pejabat Pos seluruh Malaysia ada di sini.
  7. Secara ringkasnya, dokumen yang perlu dibawa:
  8. Kad pengenalan
  9. Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
  10. Cover note insurans
  11. Ambil nombor terlebih dahulu
  12. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  13. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  14. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  15. Siap

Namun bagi sesiapa yang sudah kehilangan salinan geran, mereka masih boleh renew roadtax masing-masing di Pejabat Pos dengan cara:

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

Sumber: Kekandamemey