Dalama artikel ini kami akan kongsikan panduan cara meningkatkan metabolisme atau cara menaikkan metabolisme badan dengan mudah. Pil meningkatkan metabolisme juga ada.
Artikel berkaitan lain: Senarai Contoh Makanan Karbohidrat Yang Perlu Anda Tahu
Metabolisma Badan
Berikut adalah cara tingkatkan metabolisme badan dengan mudah
Cara Tingkatkan Metabolisme
Ikuti panduan berikut untuk cara meningkatkan metabolisme badan yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Makan sarapan yang berkhasiat
Jika tidak mengambil sarapan pagi, badan anda masuk ke dalam mod kebuluran (paranoid), seterusnya ia boleh melambatkan pergerakan metabolisme anda untuk menjimatkan tenaga.
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus daripada jumlah kalori mereka pada sarapan hanya mendapat 1.7 poun dalam tempoh purata empat tahun. Berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi memperolehi hampir tiga paun.
Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal yang sama, sukarelawan yang membabitkan diri itu, kerap mengelak dari mengambil sarapan hingga menyebabkannya 4 ke 5 kali berisiko mengalami obesiti.
Sedangkan snek pagi boleh melambatkan pencernaan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.
Terdedah dengan cahaya matahari
Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi bukan sahaja membantu anda bangun, tetapi boleh juga membuatkan anda langsing.
Ini merupakan salah satu cadangan untuk meningkatkan metabolisme badan hasil kajian daripada Universiti Northwestern.
Tambah protein untuk tingkatkan metabolisme
Melalui laporan penyelidikan dalam European Journal of Clinical Nutrition, jika wanita dewasa mengalami berat berlebihan maka mereka memerlukan kandungan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi. Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glycemic yang lebih baik sepanjang hari.
Minum air dengan kerap
Penyelidik University of Utah mendapati bahawa sukarelawan yang minum lapan hingga 12 gelas auns air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas sehari.
Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu tingkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat.
Berdiri sekejap semasa bekerja
Tahukah anda, berdiri sekejap boleh bantu tingkatkan metabolisme badan? Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori.
Sekiranya anda bekerja sambil duduk, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan untuk seketika sambil menghirup nafas segar. Sekaligus dapat membantu mengurangkan kalori dalam badan.
Ketawa boleh tingkatkan metabolisme badan
Cari rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan telefon kepada rakan yang boleh buat anda ketawa.
Hal ini kerana, ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa.
Bahkan, penyelidikan turut mengatakan dengan ketawa ia membantu menjaga kesihatan jantung anda.
Cara termudah meningkatkan metabolisme – Tidur!
Apabila tidur kurang daripada jam yang sepatutnya, anda melepaskan jumlah leptin dan ghrelin – hormon yang membantu mengawal penggunaan tenaga dan selera makan.
Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa orang yang mengalami kekurangan jam tidur akan mendapat peningkatan ketara dalam indeks jisim badan mereka.
Jadi, pastikan anda mendapat rehat sekurangnya-kurangnya lapan jam sehari.
Sumber: Hello Doktor