Bagi anda yang mempunyai akaun ASB sama ada jenis simpanan atau financing, penting untuk anda sentiasa mendaftar akaun ASB secara online menerusi myASNB untuk menyemak baki, menambah pelaburan atau simpanan, ataupun mengeluarkan simpanan itu sendiri sewaktu kecemasan.
Isi Kandungan
Tunjuk
Cara Keluarkan Simpanan ASB Secara Online Dengan Mudah Tanpa Perlu Ke Bank Atau Pejabat Pos
Cara Mendaftar Akaun ASB Secara Online
Layari laman web rasmi myASNB dan klik ‘Daftar di sini’
Isikan nombor kad pengenalan dan pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik ‘Seterusnya’
Isikan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda (kemaskini nombor telefon hendaklah dibuat di cawangan ASNB atau melalui ejen) dan klik ‘Seterusnya’
Cipta ID pengguna dan frasa keselamatan dan klik ‘Tamat’
Simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama
Cara Kali Pertama Log Masuk ASB Online
Layari laman web rasmi myASNB dan klik ‘Log Masuk’
Masukkan ID pengguna dan klik ‘Teruskan’
Pastikan frasa keselamatan yang tertera adalah sama dengan yang anda cipta sewaktu mendaftar dan klik ‘Teruskan’
Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan dan klik ‘Tukar Kata Laluan’ dan log masuk menggunakan kata laluan baru
Selesai! Anda sudah tiba di halaman utama portal myASNB
Sumber: ASNB