Doa Selepas Baca Quran & Sebelum (Rumi Disediakan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan doa selepas baca quran, doa baca quran, doa sebelum baca qur’an, doa quran yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Doa Sebelum & Selepas Baca Quran (Transliterasi Rumi) • AKU ISLAM

Menarik: Koleksi Doa Harian Ringkas (Panduan Rumi & Maksud Doa)

Doa Baca Quran

Berikut adalah doa sebelum baca qur’an dan doa selepas baca al quran yang boleh anda ikuti. Doa lepas baca al quran rumi juga disediakan

Doa Sebelum Baca Qur’an

doa sebelum baca quran

Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.

Maksudnya:

Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.

Doa Selepas Baca Quran

doa selepas baca al quran

Allahummar HamNaa BilQuran

Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah.

Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu.

AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan

Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maksudnya:

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam.

Amin! Ya Rabbal ‘Alamiin.

Sumber: Doa Sebelum & Selepas Baca Quran (Transliterasi Rumi) • AKU ISLAM