Surat rasmi adalah sejenis karangan ditulis untuk membuat aduan, rayuan, permohonan dan sebagainya. Ia bukan saja penting pada peperikasaan upsr, pt3, spm atau stpm, tetapi juga sering digunakan pada hidupan anda. Untuk memudahkan anda, kami menyediakan format surat rasmi, dan juga contoh surat rasmi.
Kalendar Senarai Cuti Umum 2021 Dan Cuti Sekolah Malaysia
Format Surat Rasmi
Antara perkara penting yang perlu ada dalam surat rasmi adalah seperti:
- Nama & Alamat Pengirim surat rasmi
- Nama & Alamat Penerima surat rasmi
- Tarikh
- Panggilan Penerima Surat
- Perenggan Pengenalan Surat
- Perenggan Tujuan Surat Rasmi
- Perenggan Huraian Tujuan Surat Rasmi
- Perenggan Harapan Terhadap Surat Rasmi
- Tandatangan dan Nama Pengirim Surat
Contoh Surat Rasmi
Berikut adalah contoh bergambar surat rasmi.
Format Surat Tidak Rasmi
Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat-surat peribadi yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. Isi kandungan surat tidak rasmi termasuk bertanya khabar, mengucapkan tahniah atau takziah, undangan, jemputan, ucapan dan lain-lain.
Contoh Surat Tidak Rasmi
Berikut adalah contoh bergambar surat tidak rasmi.
Sumber: Portal Malaysia