Jumlah Pendapatan Bulanan Gaji Menteri Malaysia

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri adalah sekumpulan individu yang dipilih dan diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai kabinet Malaysia. Sudah pasti gaji menteri Malaysia ini cukup tinggi bukan?

Gambar Rasmi Logo Merdeka 2020 Dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia

gaji menteri malaysia

Pada tahun ini, kita dapat lihat keunikkan Kabinet kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana jawatan dan fungsi Timbalan Perdana Menteri Malaysia digantikan oleh kehadiran empat menteri kanan.

Keempat-empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial. Tahukah anda berapakah pendapatan atau gaji menteri Malaysia bagi tahun 2020?

Jumlah Pendapatan Bulanan Gaji Menteri Malaysia

Untuk mengetahui jumlah pendapatan bulanan bagi menteri di Malaysia, anda boleh ikuti langkah berikut.

Portal Perisytiharan Harta

Di Portal Perisytiharan Harta ini, anda akan disediakan dengan maklumat terperinci mengenai gaji jemaah menteri disamping nilai aset yang dipegang oleh menteri-menteri di Malaysia.

portal perisytiharan harta

Senarai Gaji Menteri Malaysia

Berikut adalah 10 jumlah pendapatan bulanan menteri di Malaysia yang disusun bermula dari yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah. Untuk senarai penuh anda boleh lihat di Portal Perisytiharan Harta.

  1. Yb Datuk Seri Saravanan A/L Murugan (Menteri Di Kementerian Sumber Manusia): RM 143,628.55
  2. Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin (Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri): RM 104,841.65
  3. Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan): RM 79,347.83
  4. Yb Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Di Kementerian Perpaduan Negara): RM 74,547.65
  5. Yb Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (Timbalan Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan): RM 72,662.89
  6. Yb Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Timbalan Menteri Di Kementerian Pertahanan): RM 71,681.65
  7. Yb Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali (Menteri Di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi): RM 71,505.26
  8. Yb Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri): RM 69,427.20
  9. Yb Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali (Menteri Kanan Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri): RM 69,186.48
  10. Yb Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique (Menteri Di Kementerian Perpaduan Negara): RM 68,712.13

Leave a Comment